Bila anak kena jaundice a.k.a kuning, maka pelbagai petua diperturunkan oleh pelbagai orang jugak. Masa dok melengung kat spital gomen ada sorang makcik diri sebelah wheelchair aku terus tanya..
"Berapa hari dah?"
"Baru 5 hari.."
"Kenapa mai sini..."
"Anak kunin.."
"Amek sengkuang cina bagi anak minum.. "
"Terima kasih"
Muka makcik tu pon tak dan aku nak kalih tengok sebab dok busy pikio nasib baby.
Then, sahabat handai lain pon bagi jugak petua..
-Susu kambing
-Anggur hitam
-Serbuk mutiara
Pakat bagi jaminan..
"Hang letak ja kat mulut baby kasi masuk sikit pon takpa.. sok kompem kuning turun"
Tapi time tu baby dah dok dalam wad dah. Nak masuk tengok pon tak bole.. so hanya bertawakal aje la. For three days kena tahan, baru lah boleh keluar.. itu pon borderline. Tomorrow kena pergi cek lagi.. Tadi dah cuba beberapa petua.. Tok Bidan pon pesan.. mandikan dengan air paip saja, tak perlu air suam.. kita nak bagi baby turun panas dalam badan..
Hehu.. kesian baby.. Jadi macam bahan eksperimen kali ni.. Kot mana pun kuning ni kalau tak dirawat akan memberi kesan yang tak elok pada baby. Itu yang boleh buat aku jadi Neng Yatimah ok.. Walaupun kesemua anak dah biasa ditahan wad sebab jaundice.. hati tetap terhiris pilu bila kita tengok anak kita dok bawah lampu biru dengan hanya memakai spek mata kain dan juga diapers. Jiwa kaco lorr..
Macam gini lah lebih kurang si Number Four haritu.. huhu.
Picca credit: Here
To know more about jaundice.. you can refer here.
Ini picca bila Number Four dah keluar wad.
Love you pepi... Semoga sembuh terus ok sayang...
No comments:
Post a Comment