Tuesday, November 8, 2011

Story Raya Aji polakkkk

Ok.. I admit.. sudah lama tak hapdet ini blog.. Bukan apa.. sibuk raya la kan.. sibuk itu dan ini.. (sibuk buat esemen orang lagi..hua hua hua). Jadi terabailah buat seketika si blog ni. Cian kamooo.. Takpe la.. lagipun idea kureng.. buat apa kita nak hapdet..kang jadi citer sampah lak kang.. terus orang unfollow..akakkaka.. (ececece.. bajet macam followers berjuta..)

Anyway, dah story pasal raya aji, maka wajiblah citer pon tentang Raya Haji. As usual bila Raya Haji mestilah menyambut di rumah PILku. Sebabnye dah Raya Posa dok balik umah den kan. Kecualilah pada dua tahun lepas beraya aji juga di rumah Omak sebab time tu Babah baru passed away.. T_T. Sedey2.. Ok.. tamo story pasal itu.. nanti emo plak..

Ok, selalunya pada malam raya mestilah berkumpul riang gumbira dirumah PIL. Tapi kali ni hanya berkumpul takat waktu petang aje sebab badan kita tak larat plak. Adeh.. Cita-cita nak menggulai ayam dengan gumbira nampaknya gagal disitu. Oleh sebab nak cover line dah malam tadi tak tolong menggulai ayam, maka pagi-pagi buta dah bangun dan bergegas kerumah PIL. Kuikuikui.. (Pandai..pandai)

Bila sampai tengok SIL and MIL sibuk kat dapur menyiapkan hidangan untuk tetamu dari masjid. Maklumle.. FIL den ni kan ke Tok Imam.. jadi lepas semayang raya mesti kena serbu dan rumah pun bebetul sebelah masjid. Maka menyingsing lengan le kita sampai peluh-peluh tiak.. ececece..

Inilah menu utama dirumah MILku itu. Merembeskan.. hat itam tu lah air kopi.. sajian wajibul ghunnah setiap kali musim perayaan.. kuikuikui

Memandangkan PILku tak baper sihat dua tiga hari ni, maka beliau chose to pray at home. Tingat lak kat Babahku.. hehu.. SIL yang sulung menjadi supervisor kali ni, mengarah kanak-kanak riang untuk menyusun hidangan..

Selepas aje solat raya, ramailah orang kariah yang datang kerumah PIL sambil-sambil beraya dan menjenguk FILku tu... Lepas orang dah semakin surut, time for us to mamam pulak...

Nah.. mamam time.. Kekekeke.. dan sesi duit raya you alls.. Hanya Long Bah ngan Kak Teh aje yang readykan duit raya.. itu pun belen Raya Posa aritu kata depa.. kekekek

Ni pulak sessi amek gambo dan juga sessi gelak tanpa sempadan... kakaka

Yang ni plak geng laki-laki yang sempat ditangkap gambar mereka masa Raya Aji. Kitaorangnye photographer tak available kali ni. Sungguh sedih tak dapek nak bergambo riang ria di hari raya.. hehu.. Takpela.. kamera cap hayam pon jadi la.. akakakka

Apa pun Selamat BerAidiladha buat semua pembaca.. maap ye lambat hapdet..bukan apa.. busy tak hengat la you als..

Sekian, selamat mamam daging sampai pisan!

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails