Wednesday, November 9, 2011

Northern Bikers dan Ibadah Qurban!

Sejak dua menjak berkepimpinan baru ni, macam-macam perubahan yang dibuat oleh Tuan Presiden dan juga konco-konconya. Terbaru adalah membuat ibadah qurban yang dibuka untuk semua ahli kelab Northern Bikers. Perancangan teliti yang dirangka lebih sebulan lalu telah membuahkan hasil.. (ayat skema tak hengat okeh).

Beberapa hari sebelum bermulanya aktiviti potong-potong, geng AJK sibuk kesana kemari untuk memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar. Even a few days before the big day masih ada lagi orang nak nak coba-coba join letak nama dalam tompokan lembu itu. Sambutan memang dasaton. Siap kena ada give and take pulak. Dasat-dasat...

Program ibadah kali ini telah berjaya menyaksikan penumbangan sebanyak 4 ekor lembu! Vavava.. Dasaton. Dengan mengenakan bayaran sebanyak RM350 setompok, sambutan dari ahli kelab nampaknya sangat menggalakkan.

Sehari sebelum hari raya pertama, geng AJK telah pergi ke ladang penternakan lembu yang terletak di Bukit Kayu Hitam. Agenda utama mereka adalah untuk memilih lembu-lembu yang segar bugar dan mantop serta membuat pembayaran terus disamping menyerahkan senarai nama mereka yang ingin dikorbankan.. eh.. mereka yang terlibat dalam ini program la.. kehkehkeh..

Nah.. pulun uols nak cari lembu... jenuh pilih!

Program menyembelih berlangsung pada hari raya kedua. Seawal jam 10 pagi, kesemua AJK terlibat telah berkumpul di rumah Tuan Presiden di Taman Tunku Sarina untuk sarapan bersama sementara menunggu kehadiran lembu-lembu yang telah siap disembelih di Bukit Kayu Hitam. Senang kan.. sembelih siap-siap, mai kat rumah Tuan Presiden terus aje dilapah dan dibahagikan kepada semua yang terlibat. Lembu-lembu yang telah disembelih hadir pada jam 12 tengahari tatkala hujan lebat menggila sedang melanda di Jitra. Segalanya selesai lebih kurang jam 2 petang.

Bila boipren kami sampai rumah, terus aje dipotong-potong daging dan dimasukkan ke dalam plastik.. bergegas keluar dan mula membedak daging kepada staff beliau di opis. Hihihi. Oh.. this year kami tak buat pun... tapi tolong menguruskan bagi pihak Cik Puan Faizah yang dok KL nuhhh.. Anyway, macih no sebab sudi join. Kiranya si Arrpek sowang je le orang yang bukan ahli join ini qurban.

To all NB committee and members.. kudos to all of you for organizing this kind of event. Thumbs up to you guys!

Credit picca: Encik Sazali Zakaria

2 comments:

emy|farid said...

wahhhhh
best nye aktiviti mcm ni. suke

Ticer Syah said...

mmg bes larrr.. bukan senang nak kumpul olang.. kekekek

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails