Tuesday, November 22, 2011

Convoy Alor Setar ~ Melaka with Northern Bikers 2011

Tahun lepas geng Northern Bikers (NB) membuat konvoi ke Teluk Batik dan juga Terengganu. Tahun ni mereka beralih arah ke Melaka Bandaraya Bersejarah.. Kampung akhakkk.. kampung akhakkk... kehkehkeh...

Masa Friday tu around 9 a.m. mereka dah memulakan bergerak secara berjemaah dari Alor Setar. At that time, kitaorang dah ada area Perak sebab that morning my family and I started our journey around 5 a.m. Giler kentang punye awal.. kakakak... Teruja punya pasal... kuikuikui. So, dalam kul 11 pagi dah sampai KL. Jadi melepakkan diri di rumah BIL di Pandan Indah. Sambil layan TV, layan Sarah, layan foodies... kakakaka. Dalam kol 2.30 depa dah helo-helo kata dah nak sampai ke area Dengkil.. maka kitaorang pun bergerak sama la.. Encik Hubby terus menunggang motor R1 abangnya.. Vavava.. mantoppp...

Kitaorang pun menunggu la dekat RnR Seremban. Senang kan tunggu situ.. sambil-sambil membantu perniagaan kedai minyak tang tu.. kehkehkeh..

Ini masa kat RnR Seremban.. (susunan atas) manakala gambar panjang bawah tu masa kat Melaka.. hehe..

Bila sampai aje ke Melaka, terus dibawa ke Queenspark Hotel di Banda Hilir. Tempat tu a bit far dari tempat nak shopping. Hehu. Tapi dah ada motor masing-masing tu buleh la kan nak pusing-pusing tanpa penin kepala berbanding kalau kita naik kereta.

Teruja tengok motot-motot nih...

That nite pulak, terus aje ke Restoran Asam Pedas yang terletak dekat belakang kapal besar di Bandar Hilir tu. Aisey.. lupa sungguh nama kedai makan itu. Tapi the scenery is super nice and dekat aje dengan tempat kita nak naik bot keliling sungai Melaka.

Masa dinner..

Puluns you ols sembang lepas makan.. amek gambo maintain nampaknye incik Azizi tu.. kakakakka.. dua orang lagi dok jadi model ubat gigi.. sorang lagi mata merah nyala macam manusia jadian.. kakakak

The next day, masa tea time, geng NB dijemput kerumah akhak la kan... eh..silap.. rumah my mother la. As early as 10 in the morning we started to cook and prepare all the meals for them. Roti jala, mee goreng mantop, abuk-abuk Melaka dan juga jelly sedap dihidangkan buat tetamu jauh. Jelly sedap hasil air tangan my nephew punya wifey.. Abuk-abuk buat secara berjemaah dengan my cousin, Kak Ros.. Mee goreng pula digoreng oleh Incik Mat -- hubby Kak Ros. Kuikuikui. Bila buat secara berjemaah, mestilah lagi sodap kan. Kehkehkeh.. Dan sungguh bila dah habis majlis baru teringat.. kalau buat Kuih Ku mesti lagi best kan. Tapi apa nak buat.. kakitangan kureng cukup.. sedih sedih.. takpe next time kita bikin lagi.. Hehehe

Nah.. foodies.. abuk-abuk chow chin chau dulu.. kuikuikui

Masa mamam time and masa amek gambar.. tapi ada yang takde dalam ini gambar sebab depa sebuk tengok football match. Hehehehe

After makan-makan I think mereka pergi ke tepi laut kot. Tuan tanah tak boleh nak follow dah nak kena kemas pulak.. kekeke.. nasib baik my SIL punya kekanak riang ada leh tolong kemas itu dan ini. Hehe.. Macih Sarina and the geng for helping us out. Time tu Mak Buyong dah capek.. mau pisan.. kuikuikui..

Esok harinya (Sunday) maka bergerak pulanglah geng NB ke Alor Setar kembali. Huhu.. Sad.. sebab Encik Hubby pun bersama mereka pulang ke Alor Setar. Dah nasib somi bukan cekgu.. jadi kena la terima hakikat.. huwaaaa.. beliau terpaksa pulang kerja sebab kerja beliau menanti berlambak-lambak.. huhuhu.. Mereka selamat tiba jam 6.30 petang di Alor Setar.. Alhamdullillah.. selamat semuanya..

Kitaorang ni dok la kat Melaka sampai la Jumaat ini bersua kembali.. dan pergi holiday bersama-sama.. Can't wait for that day to come. Huhu

Buat semua NB Bikers yang terlibat dalam convoy Alor Setar-Melaka, thank you for coming. Melaka welcomes you again and again. Jangan serik-serik noh.. Kalau agak-agak tersesat kat Melaka, calling-calling aje.. leh lepak rumah my Mom. Hehe.. Hope that you guys had a wonderful time and enjoy yourselves here in Melaka!

Bulan doblas boleh mai lagi noh.. See ya!

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails