Friday, October 14, 2011

Saya tak minat larr

Setiap orang minat dia berbeza. Itu pasal sekarang ni kalau nak masuk ke asrama penuh, kanak-kanak riang kena ambil peperiksaan khas untuk itu. Maklumle.. jiwa kanak-kanak lagi, jadi tak tahu yang mana satu yang mereka nak. Kadang-kadang mereka lebih suka ikut kawan. Bila dah ikut kawan, minat tak sama.. maka secara tak langsung, budak tu pun akan kecundang.

Macam juga bidang pekerjaan. Kita kena tahu pilih pekerjaan mana yang kita mahu dan kena dengan minat kita. Saya pernah berjumpa seorang cikgu yang tak minat dengan kursus yang dia hadiri. Kenapa saya kata tak minat.. sebab dia hadiri kursus pun atas arahan. Sepanjang masa kursus kengkadang dia MIA ( Missing in Action). Lepas tu time buat presentation, dia rela copy paste dari kawan-kawan without bordering to do on his own. Bila kitaorang selidik, oh.. memang dia tak minat langsung bab kursus macam ni. Kita kalau tengok dari satu sudut.. memang kita dah label dah cikgu ni teruk kan.. Bagi saya.. teruk tu subjektif.. sebab dah tak minat, takkan nak paksa pulak.

Dunia ini pun kecil, so one day, saya just browse through pesbuk. Terlihat pula wajah mamat yang biasa saya jumpa. Ye.. cikgu itulah. (Memang dia glamer sbb ramai orang tensi ngan dia tatkala itu) Oh.. rupanya minat dia di bidang lain. Fotografi adalah minat dia. Dia gemarkan itu rupanya. Dan saya sungguh kagum dengan hasil seni fotografi beliau. Dan saya juga pernah menghadiri kursus fotografi yang dia pun ada join sekali. Siap beritahu kitaorang boleh join grup dia kalau berminat.

Haish.. dasat kan. Itulah bezanya kalau kita minat dengan tak minat. Jadi sebenarnya kita tak boleh nak paksa orang untuk minat benda yang kita suka. Sebab manusia itu berbeza. Kalau nak paksa semua ikut kita, jenuh la kan..

Saya pun minat gak fotografi.. tapi poket aje tak minat.. kakakaka..

pinjam sini

Sekian, nak lepak depan TV untuk raging kat Ostad Choki! Cit!

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails