Wednesday, September 21, 2011

Ratah Kuku!

Kuku dah jadi camni pon tamo insap lagi.. Eh eh..

Sindrom mengigit kuku ni kadang-kadang dah jadi satu habit. Bila dah mula gigit, terus susah nak stop. Kadang-kadang tu gigit sampai terkena isi jari. Ehh.. dasat kan. Jadi, macam mana kita nak menghapuskan tabiat mengigit jari yang hodoh nih. Nak mula menukar tabiat memang la sukar pada awalnya. Tapi kalau kita kuat semangat mesti kita akan berjaya.. (macam motivasi plak dah.. kakakak)

Kalau kanak-kanak riang tu senang sikit la kita nak tarbiyahkan. Ni kalau dah dewasa, atas bawah dah berbulu-bala ni memang susah sikit nak ditarbiyahkan. Biasanya kalau kanak-kanak riang dok gigit jari, saya akan suruh kawan-kawan dia yang lain tu hulurkan sekali jari-jari mereka suruh kawan yang suka gigit ni gigitkan sekali. Nak sangatttt.. Tapi kalau dah besar panjang ni kena guna la kaedah lain.

1. Cuba tengok jari-jemari anda. Cantik ke potongan kuku tu? Dengan ketidakstabilan rupa bentuk serta kekontotan yang jelas dan nyata tu, korang ada selera ke? Boipren lari baru tau.. Jadi, sila ambil gambar dan jadikan ianya kenangan --- Hasil Gegetan Kuku.

2. Elakkan diri dari stress dan juga jiwa kacau. Ini sebenarnya punca kita nak gigit kuku dengan penuh semangat kekukuan.

3. Potong kuku bila kuku mulai panjang. Haa.. ini boleh mengelakkan diri kita asik nak meratah kuku aje.

4. Ini buat mereka yang suka kaler kuku. Haa.. kalerkan kuku anda. Jadi bila dah kaler tu, dah tentu le kita sayang nak ratah kuku kan. Tapi tak baper sesuai le untuk orang Muslim. Untuk orang lain leh try ye. Kehkehkeh.
Jangan plak bagi alasan pakai pewarna kuku... ooo.. I baca kat blog Syahjehan78 kata ini salah satu cara nak hentikan habit ratah kuku. Aku lempang kau laju-laju nanti paham? (Muka siyes ni)

5. Letak selotape dekat setiap kuku. Haaa.... hambek lo.. tak pasal-pasal kena boh selotape.. kakaka

6. Potong je suma jari senang. Ngada-ngada sangat nak meratah kuku. Banyak benda lain lagi boleh diratah. Lebih baik pergi goreng nugget atau keropok dan kunyah tanpa henti. Kuku kita pun cantik, berat pun bertambah. Haishhh

Sekian, macih.. renung-renungkan dan selamat memelihara kuku!

3 comments:

Shaherah said...

shera dulu ade habit ni.. shera guna cara ni

Potong kuku bila kuku mulai panjang. Haa.. ini boleh mengelakkan diri kita asik nak meratah kuku aje.

ngan kaler kan kuku uh.. shera dulu kaler kan kuku.. then buang.. kaler.. buang.. kira remove lar lepas pakai.. memang jadi..

dua cara ni shera guna.. sekarang dah tak ratah2.. kuku dah cantik.. kalau dari dulu tak ratah.. mesti makin cantik.. mcm menyesal dulu2 ratah kuku ni.. hehe ^_^

Ah Win said...

nope..aku alhamdulillah xpernah ada habit ni..sbb aku rasa ia sgt disgusting okeh?

1st; think about this : bila korek hidung, korek punggu**..the same fingers u used for that kind of purpose...then u nak gigit pulak? ewwwwwwwww

belum tambah garu dandruff atas kepala lagi..pastu gigit kuku

p/s : cer tanye org2 gigit kuku ni..apa rasa drandruff/najis hidung sendiri? best tak..pnambah perisa kuku tu..mesti mantop bila kunyah kuku tu kan?

Ticer Syah said...

shaherah:
adakah anda stress? atau mesti banyak masa pree sbb leh gigit kuku.. kekekek

seb bek dah insap

ahwin:
lucky u.. aku pon dulu ada gak terkadang kala terratah kuku..sungguh hampagas ok.. dah ratah kenot stop.. cisss.. skang ni asal panjang je poton..asal poton je panjang..akakkaka..

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails