Wednesday, September 21, 2011

Perlahan yang mengundang bahaya.

Ada masanya kita rasa kita bawa laju, ada masanya kita rasa kita bawa perlahan. Tapi tahu tak kadang-kadang bawa perlahan turut mengundang bahaya kepada pengguna lain. Contohnya apabila jalanraya mempunyai dua lane. So, kalau agak-agak kita tak nak memotong tu, duduklah di lorong kiri kan. Kenapa nak kepochi duduk di lorong kanan??! Haiyyaa... itu pun nak kena ajar ker.

Setiap pagi apabila nak kesekolah, mesti akan menghadapi masalah ini. Ada driver dia rasa dia bawak tu ok dah. Tapi incik drebar.. sila la tengok rear mirror anda. Tengoklah betapa berjuta-juta lemon kenderaan dok ikut bontot kereta anda yang tak hensem tu. Haiyaaa.. Tak prihatin sungguh. Bila kita ikut dekat sangat, dia bawak lagi perlahan. Sungguh tidak senonoh OK.

Apa? Kalau nak cepat keluar awal? Hello.. ini dah awal giler kentang dah ni. Tapi dah jadi lembab sebab anda tu bawak kereta macam siput sedut okeh! Terhegeh-hegeh. Dah tau lembabon tu sila la bawak ketepi. Orang pun tak maki anda, dan kita sama-sama kering dosa paham! Alangkah besnye kalau ada polis yang menyaman mereka yang bawak slow-mo juga. Barulah adil dan saksama.. ecececeece...

Macam polis kat New Jersey nih!

Ingat ye.. Lorong kanan khas untuk mereka yang memandu laju atau bahasa sopannya memotong. So, kalau tengok orang dok potong anda belah kiri tu.. paham-paham je la ye.. Anda tu bawak slow gilerrrrrrr..

Sekian, meraban pada hari ni.

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails