Tuesday, August 9, 2011

Try Moroccan Tortilla plak dah.


Moroccan Tortilla versi Goh

Hari ni dok plan nak buat roti puri untuk berbuka. Encik Hubby siang-siang dah bilang suruh bikin roti puri. Katanya lama tak makan, jadi nak makan la plak. Haish.. orang lelaki ni kalau dah suruh, kena la bikin cecepat... Nanti karang bising. Tapi masa dok chat ngan beliau, tertengok pulak video buat Morocca Tortilla, maka kupaste kan di wall dan tanya pendapat beliau about the new menu. Sebab senang, cepat dan tuntas. Kalau roti puri nak tunggu dia mengembang bagai johan pon dah satu hal. Maka kelambatan la kan. Kakkakak..Nasib baik jugak la Encik Hubby setuju.

Jadi dalam pukul 4.30 dah mula dah menyiapkan bahan-bahan dengan penuh kasih sayang.. Ececece


Bahan-bahan dia sungguh mudah. Tapi oleh kerana some of the things yang sepatutnya ada tiada, maka telahku modifykan ikut suka ati aku..akakkak

Moroccan Tortilla versi Goh

Kentang 4 biji dipotong dadu
Bawang besar 2 biji dipotong dadu
Daun sup (kalau kat youtube suruh daun parsley.. takde stok la plak..adeh)
Cili (dalam youtube tarak pon)
Tomato 1/2 biji dipotong dadu (dalam youtube pon nehi he)
Garam
Rempah ratus (lada sulah hitam, putih, garlic-- dalam youtube disuruh letak cumin etc.. tp tarak pula)
Telur 5 biji dipukul sampai pitam.. (kompem)
Nak sedap guna OLIVE OIL (aku pon takde olive oil..hua hua hua.. so pakai minyak masak cap Pisau je lar..akkaka)

Cara-cara nak buat pulak..


Masukkan minyak dan tumis ini bawang sampai naik bau. Masa ni masukkan secubit garam.


Masukkan kentang pula dan masukkan segala spices yang korang ada dalam stok. Agak-agak le letak tu. Jangan lupa letak garam sekali lagi.. Kentang banyak... haruslah ada lebih garam. Kang tak rasa apa kang, jangan salah daku pulak.. kakakka

Lepas tu amek la penutup apa pun dan tutup ini benda.. api kena pelan. Sambil-sambil tu cek la kentang tu masak lagi ke tak.. Faham?


Agak-agak dan masak, masukkan pula daun sup, cili dan tomato. Kacau dan kacau. Jangan sampai hangit sudah okeh. Dah masak, keluarkan mereka daripada frying pan korang yang non-stick tu.. Oh.. lupa nak bagi tau.. pakai hat non-stick frying pan okeh. Senang sikit nak buat keje second part itew...


Lepas tu kita nak masuk second part nih, pukul kesemua lima biji telur tadi. Pastikan telur-telur dah pengsan..


Campurkan hasil inti yang telah kita goreng tadi ke dalam telur ini. Kacauuu...kemudian, masukkan kembali ke dalam non-stick frying pan.


Dan kita bagi dia masak dibahagian bawah dulu, kemudian terbalikkan menggunakan pinggan. Errr.. tak paham ke nak terbalikkan macam mana. Takpe.. jap gi kita tengok kat YouTube.. kehkehkeh.

Bila dah siap.. haa.. hidanglah.. dan tunggu Azan Maghrib berkumandang baru buleh ngapppp..

Sekian, renung-renungkan dan selamat mencoba.. kehkehkeh

Eh.. lupa nak tunjuk hat Youtube punya daa.. sat noo..

Nahhh


2 comments:

Ah Win said...

lambat lg laku aku nak makan jenis mcm ni..
xde niat la nak berdiet..nasik..nasik nasik aje

Ticer Syah said...

kikiki.. yg ni makan bersama nasi pon besh lorrrr.. ala2 telur dadar.tp ada kentang bawang, cili etc.. sila coba..kejap je dah siap

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails