Friday, July 8, 2011

Pakai tudung tapi perangai cam haram!

Pernah tak dengar ayat-ayat macam tajuk kat atas tu. Cliche kan? Ditambah pula dengan ayat penambah perisa seperti.. korang tengok orang bertudung sekarang ni suma sebab fashion, sebab nak tarik perhatian jantan dan bila dating kat ceruk-ceruk hutan, mula la buat tak tahu hala. Bercium tu perkara biasa, semuanya pakai tudung tu..

Oh, ini satu dakwaan yang memang benar dan terang dan nyata dan pahit untuk kita telan. Ayat-ayat ni juga satu victory pada mereka yang free hair. Selalu juga saya berjumpa dengan statement orang-orang free hair ini dengan menyatakan, lebih baik tidak bertudung daripada bertudung tapi masih buat maksiat, masih pakai baju ketat dan masih buat itu dan ini. Panjang berjela lagilah hujah mereka.

Bagi saya, itu semua alasan untuk mereka tidak bertudung. Bagi mereka, lebih mulia tidak bertudung sebab mereka tidak hipokrit kononnye. Nak kata betul atau tidak saya pun tidak berapa berani sebab saya ni pun cetek dalam ilmu agama. Yang saya tahu ustazah saya dulu ajar, apabila baligh wajib tutup aurat, wajib solat, wajib puasa, wajib berzakat dan pendek kata tinggalkan segala larangan dan turut segala suruhan-Nya. Dan kaum wanitalah yang paling mudah sekali nak masuk syurga dan paling mudah pula nak tercampak ke neraka jahanam.

Apabila statement menghina masyarakat berhijab ini saya turut hairan, adakah mereka ini terlupa bahawa hidup ini tidak tahu di mana akhirannya. Akhirnya kita semua akan mati, akhirnya kita semua akan mengadap Ilahi. Dan sebenarnya kita tak tahu bilakah tibanya saat-saat itu. Adakah kita bersedia dengan segala amal jariah kita kepada Tuhan? Adakah kita sudah bersedia menjawab segala soalan Mungkar dan Nangkir? Adakah SOLAT kita cukup waktu? Adakah bab-bab aurat yang wajib kita tutup itu sudah perfect? Siapalah kita nak menghentam orang dan melabel orang ikut suka hati.

Walaupun yang bertudung itu berperangai tidak elok, adakah yang free hair semua berperangai baik? Tidak juga bukan? Sebabnya ini adalah atas sikap individu masing-masing. Umpama kerbau membawa palit, habis semuanya terkena lumpur. Umpama juga seorang jururawat yang tidak merawat pesakit dengan sempurna, sudah tentu profesion itu disalahertikan sebagai tidak ikhlas merawat pesakit dan sebagainya. Padahal yang membawa lumpur itu orang lain. Sama juga seperti guru yang dikecam sebagai tidak bertanggungjawab. Segalanya bergantung pada individu tersebut, bukannya pada profesion yang mulia dan tidak adil juga menghukum orang lain yang bertudung.

Walaupun segelintir mereka bertudung yang membawa palit, adakah dengan sewenang-wenangnya kita melabel mereka bertudung semua sebagai insan yang bajet baik tapi perangai macam haram? Tak adil bukan. At least mereka menutup juga aurat walaupun tidak sempurna kerana mungkin juga mereka belum faham konsep aurat atau mungkin juga tidak bersedia, tetapi masih ada juga keinginan untuk menutup aurat. Perkara positif itulah yang sebenarnya kita harus pandang. Oh, terlupa.. kita memang suka memandang perkara negatif sehingga tidak nampak perkara yang positif.

Apapun, buat semua rakan, pembaca dan sapa-sapa yang terpelanting ke sini dan sudi membaca ni, saya dengan rendah hati ingin menyarankan agar dari kita termasuk diri sendiri daripada dok melontar pandangan negatif kat orang lebih baiklah kita ni solat taubat banyak-banyak sebab takut juga kalau-kalau nyawa kita ditarik Allah tanpa kita duga, tudung pun tak sempat kita nak pakai, tengok-tengok kain kapan aje yang sempat dibalut ke tubuh kita.. Wallahuallam..

8 comments:

simanis said...

aku setuju 420%!!!

Cool Lean said...

Ramai yg bertudung tapi tak tutup aurat.. Ramai yg kata bila bertudung tu ialah menutup aurat... Apapun, jangan dok mengata sesama umat.. Berdosa.. Kita pun x sempurna... Hari ni kita kata dia, esok-esok kita plak cam apa yg kita kata dia.. Nauzubillah.. Mintak2 kita dijauhkan dr tergolong dlm golongan yg mengata sbb kita ada lagi anak cucu yang bakal berdepan dengan godaan iblis & syaitan yg telah berjanji untuk menyesatkan manusia... PEACE!

Ticer Syah said...

yes, that's so true.. cuma kita boring tgk orang dok perlekeh sgt orang bertudung ni.. tu yg kita bohsan dan bohring..kakaka.. bkn ke pakai tudung salah satu cara dia nak jinak-jinakkan diri dengan agama.. dan sebenornya kalau bila dah pakai tu wajib la dengan sendirinya dia akan cuba jaga tingkah laku kan.. tapi wlpon ada gak yg tlupa nk jaga.. wat to do.. at least she tried.. daripada orang dok ngata tu.. tak coba apa pon.. tambah dosa kering tak benti.. hua hua hua..

smoga anak cucu kita terlindung dr godaan iblis dan setannnn.. amin

teratai said...

pakai tudung sekarang dah salah niat...utk berlawa bukan utk menutup aurat!...mengingatkan diri sendiri juga!

Ah Win said...

wah..tenchu sbb bahagian last tu..mengingatkan conversation kita dlm FB..hehehehe

Fitrihadi said...

ramai yang tak tahu hukum Allah. Setakat belajar pendidikan Islam di sekolah biasa tu tak cukup. sebab tu masih ramai yang berani buka aurat dan buat maksiat.. Kalau sekolah biasa ada ajar Syariah Islamiah dan Pendididakn Al-Quran & As Sunnah baru ilmu Islam tu luas di mata. Sekadar pendapat seposen :)

Ticer Syah said...

teratai:
ehhe.. takpe la nak pesen2 pon..lama2 dia akan jadi biasa. orang kata dah biasa tertutup, kot2 la bila buka rasa janggal.. takpe la jugak kan.. kuikuikui.. km dulu pon pakai tudung masa skola menengah sbb bapak kami marah.. lama2 dah jadi biasa.. ekekke

ah win:
opkoz.. that's the best statement in da world..akkakaka

fitrihadi:
btoi tu fitrihadi.. mmg ngaji agama kat skola biasa ni tak baper cukup sbb nak kena cater semua sillibus, mmg envy pada mereka yang sekolah agama.. tapi apa nak buat.. time skola dulu mcm tak minat aje sekolah agama.. mngkin sebab ketakutan dengan ostad dan ostazah..ditambah pula pandangan tatkala itu agak berlainan dengan sekarang.. so sekarang ni mcm nyesal lak tak masuk skola agama..kuikuikuikui.. tak pe.. selagi ada nyawa, bole still belajar.. learning process never ends

Anonymous said...

Kat sekolah bukan main pendiam ala muslimah terpilih kat situ tutup aurat. Ramai org juga Tak sangka perangai die start die dapat boyfren bercumbu2 mukut ke mulut dan bekepit2 setiap hari bersama boyfriend die. Tak ke teruk tu?

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails