Tuesday, May 31, 2011

Rindu tak bertepi...

Omak pergi umrah a week ago. Biasanya kalau balik sekolah tiap-tiap hari kita call Omak kita lepas tu baru call boipren kita. Tapi sejak Omak pergi umrah, kita nak call sapa pun tak tau. Asek layan Arrpek aje all the time. Cian kita kan Pek.. sebatang kara rasanya. Kuikuikui. Tapi setakat ni dah dua kali Ude, Omak and Alang tepon kita. Oh..terubat jiwa kita mendengar suara mereka. Rasa macam nak terbang on the spot ke Mekah. Pergi tawaf sama-sama, pergi jatuh niat sama-sama. Yang paling best, boleh pergi minum air zam-zam dan juga air jus buah ori bersama-sama. Mesti syok kan. Maklumle.. dah biasa kalau balik Melaka, semua aktiviti buat bersama mereka juga. Pi shopping pon ada hari-hari untuk ladies aje. Time tu orang lelaki duduk rumah diam-diam. Kehkehkeh.

Bila Omak takde kat rumah. Kita tak boleh duduk lah. Biasanya balik skolah terus melompat atas sofa, buang tudung dan terus angkat gagang tepon dan calling-calling Omak. Kali ni terus meloncat atas sofa..tapi dok senyap. Nak call boipren, asek busy aje. Cakap pon kejap-kejap. Kalau dengan Omak paling minima pon 25 minit tau! Sebab itu amek pelan telefon pon yang paling menjimatkan. Haaa.. Sila rujuk kat TM berhampiran kat rumah korang. Amek pelan yang call rumah ke rumah free tu. Faham?

Call dari Ude baru-baru ni membuat kita teruja nak balik Melaka. Omak ada beli kat kita selendang belit-belit. Kita ingat dulu selendang belit-belit pertama kita masa boipren kita beli kat Mekah. Kekekek.. Cantek. Tapi dah hilang --- orang pinjam.. hoh! Omak kata kita sorang je reti belit-belit..akakkakak.. harap-harap pandai belit selendang aje la, bukan belit ayat ke apa ke kan.. kuikuikui. Kita pon sempat request kat Ude supaya doakan bisnes Arrpek berjaya. Kalau Arrpek berjaya, kita tumpang dua-dua kaki sebab join venturenye pasal. Kakkaka..

Oleh itu, kita mengharapkan agar Omak kita dapat mengerjakan umrah dengan selesa dan tenang (dan dapat jumpa arwah Babah masa berdoa di depan Kaabah nanti). Boleh ke jumpa? Oh, insyaAllah boleh. Mintalah apa pun di depan Kaabah, insyaAllah akan ditunaikan. Kita masih ingat masa kita pi umrah dengan Omak and Babah, kita doa nak dapat kereta sebiji. Kakakkaka.. Ntah haper-haper je doa merepek masa tu. Selain dari tu kita doa nak dapat suami yang kacak tapi tak mau yang kaya-raya terlampau sebab takut nanti suami kita bukak cawangan banyak-banyak..akkakaka.. Balik dari umrah, kita betul-betul dapat kereta sebiji, Babah kita beli untuk ulang-alik ke maktab masa tu. Kekekek.. Syok-syok. Bab suami pula.. memang dapat yang kacak.. okeh.. jgn muntah hijau ye suami (dan orang lain..kakaka)! Dan kehidupan kitaorang pon sederhana saja.. takde la kaya giler melimpah ruah boleh pakai kereta sepuluh bijik.. Kereta Hotwheels memang berlambak.. ekekke..

Oh, sungguh best kalau dapat pergi lagi. Entahkan bila kita boleh pergi berumrah.. oh, kalau boleh nak buat haji terus lah! Senang kan.. sementara kudrat masih kuat, kenalah pergi. Hrmmm... Semoga impian kita akan tercapai.

Buat Omak, semoga Omak selamat menunaikan ibadah dengan baik (baper kali nak habaq daa..) dan semoga Omak dapat pulang dengan selamat, sihat dan cergas..minumlah Livita..ekkekek


I miss u Omak.. oh..lelaki macam ganas tapi dalam hati ada taman tu adalah adik kita.. Single and available. Sapa nak sila mekap cantik-cantik dan hantar resume secepat mungkin.. Kalau spesis gedik, tunjuk bagus, bajet macam beriman tapi sebenarnya tidak adalah lebih baik lupakan saja.. Berkawan bio ikhlas tau (ayat untuk ko jugak Dik..)..akakkakaka..

Sempat lagi tuan tanah merepek..akkakak

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails