Tuesday, May 31, 2011

Musim Kenduri -- Gantung Periuklah!

Cuti sekolah sudah bermula, yeay! Jadi bila cuti sekolah pakat-pakatlah pergi makan kenduri. Dan setiap hujung minggu ada saja jemputan kenduri yang saya kena hadiri. Dah orang bagi kad dan jemput sendiri, kita wajib pergi! Itu kata ustaz saya masa kat sekolah dulu. Melainkan kalau orang itu jemput melalui orang lain atau hanya sua kad melalui peti surat, itu dikira sunat. Kakakaka.. Betul ke? Tapi apa yang penting, aktiviti kemasyarakatan memang kita harus raikan bersama. Orang nak sambut menantu, kita pon sama seronot meraikan menantu baru mereka. Kehkehkeh. Masa hari Sabtu lepas, saya ingat ada banyak jemputan.. rasa macam lima rumah kena hadiri. Sekali rupanya ada yang salah tarikh. Akhirnya dua biji rumah saja. Tetapi sayangnya ada sebiji rumah yang saya terlupa nak pergi. Mungkin sebab orang itu main passing kad aje kat orang, jadi ingatan saya tak baper kuat nak memorize kenduri rumah dia... uhuhu.. Minta maaf ye Encik Samudin, sungguh I terlupa kenduri rumah you. Huhuhu... Bila sampai rumah barulah terlihat kad purple siap ada riben coklat di tepi..sungguh cantik.. tapi hampeh, saya betul-betul tak ingat.. huhuhu..

So, the first house yang saya pergi ialah rumah bekas jiran saya, masa pergi tu tak call langsung. Bila sampai depan rumah, takde tanda-tanda nak kenduri pon. Saya call Fiza, dia ada kat Penang.. Maka terkejut badaklah sebab sebenarnya kenduri rumah dia 4 JUN! Minggu akan datang. Sungguh hampeh jua lah. Maka teruslah kami ke rumah cikgu Siti -- cikgu yang mengajar Adam, Naufal dan Salman masa kat Tadika Al-Fatih. Teruja kanak-kanak sebab tengok cikgu depa kawin. Heheh. Seperti biasa masa on the way to Derang (jauh giler nih) Sempatlah kanak-kanak ni bercamwhoring.. elelele.. padahal orang dewasa dalam kereta pon terlibat sama..akkakaka.

Haaa.. tengok.. eh..silap lah. Gambar ni masa hari Ahad.. kkakakak.. Takpelah.. tapi memang sepanjang jalan dok amek gambo syok sendiri pon..akakakkak. Paling tak tahan gambar Salman sedang merajuk dan Nopal sedang buat muka pelik..kuikuikui.

Ok, ni baru betul gambar kenduri Cikgu Siti. Nasib baik Cikgu Wani pandai amek gambar..comel aje..akkakakak.. Tahniah Cikgu Siti Kholijah! Semoga kekal hingga ke akhir hayat!

Selepas kenyang dan belahak (belahak-sendawa), terus aje ke rumah Kak Shima. Adik dia kawin. Oh..sungguh cumil adik dia.. Tapi tak sempat pula bergambar sebabnya malu..akakkakak.. maklumle saya kenal kakaknye saja. Rumah dia baru first time sampai. Yang ni di Perik. Walaupun dah petang bangat, tapi masih ada juga tetamu yang hadir. Kanak-kanak riang makan dengan penuh perasaan. Kuikuikui..

The next day pula kenduri di rumah Cikgu Nasir. Anak dia yang kedua kawin. Masa last year anak dia kawin jugak, tapi saya tak sempat pergi sebab demam. Jadi tahun ni tak lepaskan peluang.. kekeke.. Malam sebelum tu, saya pergi juga ke rumah Cikgu Nasir.. tolong packing kuih bangkit beberapa paket aje..ekkekeke.. lagipun saya nak pulangkan bekas kuih yang beliau bagi pinjam dulu.. (2 tahun yang lampau!!!) Kakakkakaka. Meriah lorrr..

Perantin perempuan macam mak mentua depa jugak la.. cumil!!!!

Dan ini doorgift yang saya dapat kat rumah Cikgu Nasir.. rumah lain pon berlambak-lambak doorgift, nak-nak rumah Kak Syima.. tapi tak sempat nak amek gambo, kanak-kanak riang dah pulun makan.. huhuhu. Sebab isi dalam coklat, gula-gula dan sumi.. laju aje budak-budak tu bedal.. Ni mentang-mentang la keropok ngan tuala, depa buat derk aje.. Jadi sempatlah nak snap gambar..akkakak


Cumil kan kan kan..

Anyway, terima kasih kepada mereka yang sudi menjemput tuan tanah memeriahkan majlis.. Nanti panggil lagi tau.. Leh I bawa bala tentera I sapu bersih makanan ngan goody bags..akkakaka.

Oklah, nak siap-siap pi dating..Tatasss

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails