Monday, May 2, 2011

Kenduri Lagi Daaa...

Sebelum baca perenggan berikut, I nak habaq siap2.. sebenarnya posting ni dah siap dah.. tapi oleh kerana tertido masa menaip, maka terlupa nak publish..akkakaka.. the next day masa nak publish, tetiba tak bleh nak online, ghupenye kabel taman kitaorang kena rampok..sungguh hampeh.. sekian, biter pendek.. Teruskan membaca..kekekek

It's Labour Day. So, entah macam mana tiba-tiba teringin nak balik Melaka. Dan lebih special lagi, Omak den nak poie umrah. Hehe. Syoknye kalau boleh join, tapi apakan daya -- kocek tak cukup tebal. Huhuhu.. Maka sesi kelui-mengelui pun berlaku. Pada awalnya, Singaporean cannot make it. Ye la.. dah nak pegi sana of course la kena sedia macam-macam. Tapi akhirnya berjaya juga menghadirkan diri. Orang paling last of coz la cik Along.. kekeke.. Nasib baik dia pun turn up walaupun time tu kitaorang dah balik rumah masing-masing. Maklumle, asik bz aje beliau nih. Ngehngehngeh. Dah alang-alang berkumpul tu, maka kenduri pun dibuat. Uda dengan bonestick beliau, Alang dengan Lopez DeSquera nya dan gue dengan Mee Kari..akkakaka..

Angah teringin nak buat barbeque ayam kampung. Tapi tak kesampaian sebab takde orang nak kesahkan ayam-ayam dia tu. Kuikuikui. Kitaorang just sakap -- KIV raya je la. Senang citer.. kekee.. Jadi untuk memendekkan cerita, sebab migrain pun tak abes lagi, maka aku shortformkan cerita menjadi satu. Kang ada yang muntah ijo kang..akkakaka..

So, mari berkenalan dengan barisan orang dapur yang berpeluh ketiak untuk menyiapkan menu masing-masing..akkaka

Haa..nampak..ce teka ce teka tangan sapa..kekeke. Itu orang lelaki tugas mereka membalancekan peti ais baru Omak yang tak baper balance..akkaka.. heran gak.. tengok cam senget semacam.. Nak suruh Cik Par, dia tak sihat..cian lak..kang terkuar buasir lak kang..kuikuikui..maka orang yang sihat-sihat le kena tolak dan angkat itu peti ais.

Sesi masak-memasak bermula seawal jam 8 pagi. Actually more to menyiang and making breakfast la dei. Tara breakfast how come ada energy to do this and that. Lepas tu pulak, sambil-sambil buat breakfast, makan, prepare for kenduri, kena la kemas ngemas rumah. Omak pesan macam gini..

"Jap gi Mak kuar ngan Haq ke pasar besau, korang duduk rumah dan kemas apa yang patut, sediakan suma bahan nak masak!"

Ai ai chip!!!

Dalam pukul 11, Uda sampai dari Kota Singa, jejak kasihan pun berlaku. Sambil-sambil tu membuka gerai jualan dengan penuh perasaan..akkakaka.. sempat lagi tu.. oh..bukan Uda yang bukak gerai jualan.. tuan punye blog ni la..akkaka

Nah, antara bahan yang telah dikorbankan untuk program makan-makan.

Lepas Omak balik dari Pasar, Omak terus bercerita tentang barang-barang dan orang-orang yang Omak jumpa kat Pasar. Sempat lagi menjemput orang datang kenduri. Kekeke..

Sambil-sambil tu operasi memasak Bonestick pun bermula. Yang ini kena la mula awal sebab nak kena bagi daging tu empuk betul.

Inilah cara-caranye ye tuan-tuan dan puan-puan..

Lebih kurang pukul 2 petang si Alang pun sampai bersama kroninya. Pergh.. jem giler kata beliau.. Hoh.Nasib baik tak terima job mengerjakan ayam si Angah..kalau tak masak.. kakitangan takde.. kalau tak paham jugak tak tau la aku...

Lepas aje lunch, terus bersiap sedia untuk acara bacaan Yassin dan doa selamat. Sambil-sambil tu menyusun makanan dan pinggan mangkuk. Oleh kerana kakitangan yang kureng, nak-nak Incik Ikram takde pula.. maklumle sejak tukang basuh pinggan yang efisin dah pindah ke UK, takde orang nak basuh pinggan tahap gaban dah..hua hua hua.. maka, kitaorang bercadang untuk menggunakan pinggan polisterin je la. Memanglah membahayakan alam sekitar, tapi what to do.. PM pun buat open house pakai polisterin aje.. akkakaka

Yang ini pula senarai makanan yang merembes dan bisa kasi lelehan air liur tahap Niagara Falls bila kita tengok gambar ni kembali..kekkeke. Leh makan sampai Isya' bak kata Memel. Kuikuikui..

Masa makan. Penuh perasaan orang kerumun meja. Tuan rumah pun pulun sama. Maklumle dok bizi melayan tamu.. perut kosong jugak lor..akkakaka.. Toji begitu pulun bersama Memel nampaknye.. Laling gue kelihatan dalam beberapa kotak. Nampak sangat beliau lapar..kakakak

Lepas makan adalah acara merelaxkan perut yang dah sedia boroi. Sumbat makanan tak hengat donia.. huhu

Ni antara tetamu cilik yang hadir. Cumil dak Marsya ni. First time jumpa dia life. Sama gak ngan dak Firash.. kuikuikui.. asek nganga aje..lalat masuk baru tau..akkakak

Acara makan-makan lepas Maghrib. Sebenarnya banyak lagi sambungan lepas tu. Kakakak.. Tapi tak dan nak amek gambar sebab keletihan tahap Gaban.

Malam tu we all layan citer Hikayat Merong Mahawangsa kat Asterok First, then layan dua movie hantu.. kakakka.. titon kol 3 pagi. Pukul 11 pagi tu berangkat pulang ke Kedah.. vavavava..

Sekian, entry agak panjang untuk kali ni. Malam nanti I sambung lagi noh.. Letak bakul hijau kat tepi siap2..kuikuikui



1 comment:

Khalipah Mastura Khalid said...

hik hik akak suka bebenor baca blog u ni la syah.....lucu. macam2 citer n bahasa keluar.Akak tak pandaila nak citer macam ni.

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails