Sunday, March 20, 2011

Library Make Over Part 3

Actually part ni tak buat apa lagi. Cuma saya saja je nak update bahawasanya saya.. (macam ikrar plak dah..kakakka) telah pun merancang dan melukis plan untuk pusat sumber saya. Hehehe.. Teruja giler lak bila dah start mengecat nih. Huhuh. Walaupun peluh tiak, tapi tetap gumbira. Hengat kantin aje boleh make over.. Ini library oso ken mekober tau!!! Kakakaka

So, rak ditepi tingkap yang berderet-deret tu saya rancang nak tolak ke dinding. Pastu kan, semua meja nak buat bentuk U dan letak mengadap ke tingkap. Jadi takde lah gelap kan. Pencahayaan sangat penting untuk kanak-kanak membaca dengan tenang dan riang.. Kuikuikui..

And then, pentas (alaaa meja budak hat lama dipotong kaki dan dijadikan pentas) akan diletakkan disudut lain bersama koleksi buku dari Rigby. The one yang aku pergi course dan dapat buku free berkotak-kotak. Sila rujuk entry lama. Malas giler nak bagi link. Hoh! Kakakak

Lepas tu, akan ada extra dua meja.. sebab meja bacaan ada 8. Nak buat bentuk U memerlukan 6 meja. Baki meja yang dua tu akan diletakkan di tengah. Pesen apa tatau lagi. Janji dah ada tempat. Then meja yang letak brosur, magazines akan diletak berhampiran rak. Senang sikit nak capai. Kerusi-kerusi akan diletakkan di satu sudut lain.

Bila dilihat-lihat memang banyak benda nak kena buat. Aku bagi masa dalam dua minggu nak bagi semuanya complete. Tapi kalau buleh nak bagi perabih dalam minggu ni jugak. Kanak-kanak sibuk nak pinjam buku..

"Teacher, boleh tak borrow buku lagi?"
"Kenot la sayang.. another 2 weeks you mai noh.."

Muka keciwa di situ.. huhuhu..

Jadi, celoteh banyak tak larat pula. So, kalau ada sesapa yang idea atau nak taja deco-deco library saya sila berbuat demikian..kakakkaka.. Dapat pahala tauuu..

Nah.. ini plan yang dilukis oleh diri sendiri. Kakkaka. Hebatkan? Hebatkan?

Macam lukisan budak tadika daaa..kakakka

Sekian, nite2! -_-''

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails