Pada masa lapang saya, memang dihabiskan pada internet sahaja. Bila berinternet, banyak benda saya boleh layari. Boleh main game, boleh chat ngan Laling, boleh macam-macam lah. Dan salah satu perkara saya suka buat ialah dengan membaca blog orang. Blogwalking dan baca kisah itu dan ini. Kalau tak caya tengok aje blog list saya yang dilabel under Blog Sesedap Rasa. Yang tu semua kompem saya baca. Dan kalau rajin saya akan mengomen sekali. Kekeke.. Suka benor klik butang komen. Ye lah, itu one of the way nak mendekatkan diri kita dengan blog yang kita suka ye dok.
Dan saya cukup suka kalau komen saya ni dibalas oleh tuan tanah. Kadang-kadang saya perhatikan, ramai tuan tanah yang jarang nak komen kembali apa yang ditulis oleh pengunjung. Bagi saya, apa yang pengunjung komen kalau tiada balasan, memang tiada maknalah. Kadangkala mereka nak tau feedback dari tuan tanah. Kalau tuan tanah buat derk aje, adoi...sentaplah tukang komen. Sekali sekala kalau tidak berjawab, takpe lah, mungkin juga kesibukan sebab berjuta-juta orang komen dalam satu entry. Tapi kalau dah selalu sangat..apa kes... Susah sangat ke nak tekan butang komen dan balas semua komen dengan ayat..
Terima kasih semua pengkomen.. pendapat anda semua saya terima dengan hati terbuka. Saya rasa bla..blaa..blaaa.. kakakak
Rasa dihargailah kan bila komen kita disambut ceria oleh tuan tanah. Jangan sampai orang kutuk-kutuk kaw-kaw baru engkau nak komen. Jangan esok sampai jadi ada satu blog nih.. eksen sangat.. bajet hot dan top meletop, terus eksen dengan orang sekitar.. baru-baru ni aku tengok takde sowang manusia pon komen kat semua posts dia..akkakakak.. bukan nak memadankan muka beliau.. tapi itu la kan. Lengkali jangan eksen sangat.. dan kunun choosy dalam nak pilih kawan.. podacet la lu.. kakakka
Oh ye, dalam banyak-banyak blog yang saya dok layari selalu. Ada satu blog ni sangat menarik perhatian saya. Sebabnya, pengunjung blog beliau sangat meriah dari segenap lapisan masyarakat. Kemudian, komen bagi setiap entry beliau memang mantop. Berpuluh-puluh, kadangkala sampai ratusan komen bagi satu entry. Saya memang KAGUM GILER ngan beliau nih. Dan apa yang mengkagumkan lagi ialah :
DIA JAWAB SEMUA KOMEN!
Terkejut Mak! -hasil rembatan-
Jadi, sila layari sini untuk membaca cerita beliau yang best dan komen-komen beliau yang sungguh DEKAT DI HATI :)
No comments:
Post a Comment