Thursday, March 17, 2011

Library Make Over Part 2

Ini hari ketiga saya mengecat library. Well, kalau orang lain boleh siap dalam masa 2 hari inside out, saya ni amek masa berhari-hari. Maklumlah, tak pro. Nak bukak tudung cat pun amek masa berminit-minit. Haru sungguh! Tapi kugagahi jua.

Hari ni saya sampai lewat sedikit. Almaklumlah nak bagi clear rumah dulu. Kalau tak clear satgi balik lagi keserabutan. Huhuhu. Bila sampai kat sekolah, my pren mek Nah sudah sampai dan memulakan operasi. Owh, rasa bersalah pula melihat beliau disitu sudah tiba dengan bangganya. Kakaka..

Maka bermulalah operasi mengecat tiang-tiang pula. Huhu. Ingatkan kejap, rupanya amek masa jugak. Break at 10 dan sambung thirty minutes later sehinggalah jam 2 petang. Huhuhu. Kali ni saya amek shift untuk mengecat bahagian-bahagian yang sukar.

Pada awalnya nak pinjam tangga geng dok buat pondok kat kantin. Tapi mereka kedekut sesangat. Hoh! Padahal masa kami lalu tadi, mereka sedang sibuk buat macam hmm.. bench dari batu. Eeee.. geram sungguh kat mereka. Aku sekeh baru tau. Oleh itu, tiada alternatif lain selain dari menggunakan stail dulu-dulu. Hehehe.. Actually bukan stail dulu-dulu -- more to stail takde tangga, guna meja dan kerusi pun buleh. Kekekke

Macam ni lah! Kerusi ditindankan (sebab tukang panjat sangat tidak tinggi!). Dan kerusi yang ditindan diletakkan di atas meja murid. Dan sebuah kerusi lagi diletakkan di sisi untuk memudahkan proses guru menjadi spidergirl. Faham tak penjelasan saya nih? Owh.. tak paham rupanya.. Nah..amek gambo!

Sekarang faham?

Err..jangan cuba dirumah ye. Sungguh membahayakan kesihatan. Sebab saya ni gayat sikit. Bila nak turun, rasa cam..hrmm..tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan tatkala itu. Hanya bertawakal supaya tidak jatuh dan cedera parah. Satgi apa pun tak boleh buat. Huhuhu

Apa lagi nak story ni? Takde kot. Kepala saya pun dah migrain. Sebab dok mendongak nak ngecat menda alah tuh. Nampak tak saya ngecat dengan penuh perasaan? Agak-agak boleh dapat full mark tak taun nih? Ngeeee.. tak dapat pun takpe.. tak kesah pown.. sebab saya dah kaya. (-_-'') stetmen riak tak hengat..akkaka


Sila jangan muntah tengok gambar saya yang syok sendiri ye. Tengah stress..so, one of the way nak release the stress adalah dengan bergambar syok sendiri..kakkakka

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails