Friday, December 17, 2010

St Tropez Langkawi Part 2

Bila first day dah tak boleh pergi ke Kota Mahsuri, so the next day after mamam, kitaorang plan nak pergi situ. Tapi before that, kami pergi island hopping. Yeeba... kita lompat pulau! Ngehngehngeh.. Untuk membuat lompatan pulau ni, kitaorang bernasib baik (agaknye) sebab dapat chartered the boat only for us. Biasanya kalau nak sewa satu bot lebih kurang RM280. Tapi kali ni dia bagi RM200 aje. Kalau tanak sewa satu bot, kita boleh juga sharing boat dengan orang lain. Just bayar antara RM25-RM 30 sekepala. Pandai-pandai la kawtim ngan tokey okeh. Boleh pusing tiga pulau dan boleh mandi kat dua kawasan. Sungguh syiokkkk!!!


Time ni tengah tunggu tokey kedai. Omak bergaya dengan baju dan suar pantai beliau..kehkehkeh,


Kanak-kanak dan bapa kanak-kanak turut teruja nak pergi island hoping. Kete tu yang kitaorang sewa. Rate dia antara RM130 hingga RM200 sehari. Tapi kitaorang dapat hat RM130.. ada member ler. Kakakka


Before naik bot. Begitu teruja nampaknya kanak-kanak dapat letak air kat laut.. kuikuikui.. FYI, tak pernah kubawa mereka pergi ke tepi pantai sejak kecil sampai sekarang. Sebab.... aku phobia ngan laut.. kehkehkeh..


The first spot, kitaorang pergi di sini. Tasik Dayang Bunting. Kalau korang perati betul-betul, gunung-ganang tu membentuk seperti seorang perempuan yang sedang pregnant baring atas lantai. Ada nampak ka dei?


Alhamdullillah sudah sampei ke Tasik Dayang Bunting.

As a reminder, korang kalau datang sini, sila sorokkan segala plastic bags yang mengandungi makanan. Kalau boleh, suratkhabar pon jangan nak tunjuk kat orang. Sebab kat sini memang meriah dengan monyet. So, dia akan tunggu tepi jati dan perati korang jalan. Bila korang jalan dan leka memerhati keindahan pulau ciptaan Tuhan ni, monyet-monyet yang korang rasa cumil dan kiut ni, akan merentap segala jenis bag pelestik dan juga benda-benda yang berbalut dengan suratkhabar. So, cita-cita korang nak menikmati makanan di tepi tasik akan terkubur dengan jayanya. Kuikuikui


Hi..saya beruk yang sangat comel. Saya obses dengan beg pelestik dan juga suratkhabar... Apabila saya merempit sambil meragut, saya selalu dapat roti canai, nasi lemak, kuih macam-macam pesen..owh..saya suka beg pelestik dan suratkhabar.. suma tu magik...bukak aje ada makanan.. hehehe


Yang ni ala-ala fish spa. Kedalamannya ialah 3 meter, kita letak kaki nanti ikan datang menyerang dengan penuh kasih sayang...kakakaka


Yang ni kolam untuk kanak-kanak riang dan orang-orang yang tak reti berenang seperti... di dalam gambar..kahkahkah.. Bagi mereka yang berani untuk berenang secara kuak lentang, gaya bebas ke haper ke, boleh pergi ke depan tu. Kedalamannya adalah 10 metre. Ada brani?

Dekat dengan kedai souvenirs (yang super mahal) ada pula bot kecit-kecit yang kita boleh naik. Rate tak tau plak sebab aku naik pon bekas si Arrpek. Dia tak larat nak kayuh so dia panggil kitaorang soh sambung kayuhan sampai tamat..aakakak..lupa nak tanya Arrpek. Kuikuikui..


Nak sampai dah...berusaha!! Berusaha!!! Letih kaki I.

Bisa bergaya lepas letih mengayuh...heheh

Masa yang diberi untuk berjimba-jimba kat sini adalah 1 jam! Jangan lama-lama, nanti korang akan bertukar menjadi beruk kat sini..akkakak

Our next pitstop adalah ke tempat Eagle Feeding. Aku lupa lak nama tempat tuh. Aisey.. sedey.. Kat sini kita boleh tengok burung helang berlumba-lumba mencari rezeki di pagi hari.


Nahhh.. banyak sungguh. Video pon ada..nanti aku upload lah. Hehehe

Kat sini kitaorang spend dalam 15 minit aje. Ye la, tak boleh turun, just boleh tengok aje. Dan kalau kita bernasib baik, kita boleh tengok dolphin bermanja main lompat-lompat. Oh.. kami tak dapat peluang keemasan itu. Dolphin tengok aku pon dah takut kot..kakakak

Tempat terlast kitaorang pergi -- Pantai Beras Basah. I had no idea how they got the name..kekeke


Pasirnya sangat halus dan cantik. Tapi tak boleh mandi jauh-jauh..sakit kaki sebab ada banyak batu dalam laut. Huhuhuh.. So, main kat gigi air je la. Hitam budak Salman ni...


Budak yang paling teruja dapat mandi laut. Kat sini tak baper ramai, so, you can enjoy puas-puas here. Kalau pergi kat area kedai-kedai tecit tu, ada ramai dugong.. tapi tak topless lak...kekekkeke

Kat sini pun kita diberi masa sejam untuk menghitamkan diri..kkakkaaka..

Habis je time,terus naik bot dan yippeeeee... balik ke darat..kehkehkeh


Boleh amek gambo bajet macam kat St Tropez di sini. Kakakkak...

Ok, habislah story tentang lompat-lompat pulau. Kakakakak..Tatassss...


5 comments:

Unknown said...

Orang kata, mandi di tasik itu untuk dapatkan baby...

Ah Win said...

wow..interesting..tapi kalo ade kabel dpt murah2 ek?

isk..mcm nak pegi je..xtau bile..nnt kalo nak pegi..ko rekemen transport n accomodation boleh?

Ticer Syah said...

nuar: kalo kompem dpt bb gurl tu, wajib la akak try..kakakaka

win: kalau hang nak p..habaq awai2 kat aku la.. nnti aku habaq kat member..ada la dua tiga orang kat situ.. kondo istana rate dia rm275 semalam..tp aku dpt rm250 jaa.. ada lagi motel yg baik dan murah..tp full house time tu..nnti aku rekemenkan hangpa kat member kami.. aritu km sewa avanza pon rm130 ja..kalo idak.. rm200 lorr..jimatonnn

Ah Win said...

wahh..best2..harus buat proposal kat laki aku nih

arpek said...

kalu nak lagi murah kena pakai baju rimau bintang...akakakkaka

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails