Monday, November 29, 2010

Saya memang orang kampung.



Petikan dari artikel yang belum ada lagi. Kakakaka

Kenapa saya kata saya ni orang kampung. Ada banyak sebab sebenarnya. Mari saya senaraikan beberapa perkara yang menunjukkan bahawa saya ni orang kampung. Ngehngehngeh.

1. Saya duduk di kawasan kampung.

Kawasan perumahan saya terletak di kampung. Ada sahabat cakap, time dulu, kalau ada kerbau atau lembu tersesat di kawasan kami tu, tobat orang tak cari dah, sebab ada rimau. Hoho.. scary kan... tapi nak saya tetap suka dok sini. Sebab aman dan damai. Ala-ala Cameron Highland pada waktu pagi. Hehehe
2. Minda saya tak berapa nak terbuka sangat.

Ini memang saya akui. Fikiran saya tak berapa terbuka tentang beberapa isu yang orang masa kini merasakan perkara itu perkara biasa. Antaranya ialah isu perempuan merokok. Walau betapa modennya gaya yang mereka rasakan dengan merokok di khalayak ramai, saya tetap melihatnya sebagai...errr.. jelik. Sebab saya tak rasa macam hebat bila lelaki merokok, apatah lagi perempuan. Anda sebenarnya membuatkan diri anda a step closer to cancer. Dan seharusnya anda peka bahawa tidak semua orang yang sukakan asap rokok anda. Dan untuk non-smoker like me, adalah lebih mudah mendapat penyakit dengan menghidu asap rokok anda yang sangat-sangat busuk.

Isu yang berikutnya ialah isu pergaulan. Saya memang agak kampung bila dikaitkan dengan isu pergaulan. Contohnya apabila kita bersembang dalam alam maya, atau berbalas mesej di telefon, saya rasa kita harus tahu status diri kita. Saya pun gila-gila juga dan ramai sahabat berlainan jantina. Tapi bagi saya, kena la jaga batas pergaulan. Batas yang saya letak apabila berbual, saya akan elakkan isu-isu yang melayan hati dan perasaan. Saya sedar diri saya, isteri orang dan saya tidak mahu suami saya menganggap saya melayan orang lain lebih dari dirinya sendiri. Sebab itu apabila bersembang dengan orang yang berlainan jantina, saya lebih banyak menggunakan kata ganti diri kau, aku, hang, hangpa, kami, awak, saya dan kadang-kadang aje I, You (tu pun secara formal). Itu pun geli tiak nak guna. Dan saya juga lebih suka bersembang secara general dan apabila sahabat berlainan jantina itu mula nak cucuk jarum, saya akan cuba mengubah topik lain atau membiarkan sahaja dia melayan perasaan syok sendirinya. Sebagaimana mesej yang dipaparkan secara umum, begitu jugalah saya melayan sahabat-sahabat saya apabila bersembang secara private. (nak letak sulit macam hubungan sulit pula..har..har..har..)

Dan bila kita bersembang di alam maya, sudah tentulah banyak icon atau emoticon yang boleh kita guna. Ada orang kata, ala... main-main aje guna icon hugs tu.. main-main aje guna icon kiss tu. Bukan betul-betul pun. Itu pun nak kecoh.
Bagi saya yang berfikiran orang kampung ini, main-main ni ada banyak caranya. Saya cukup takut nak bermain-main dengan cara ini, saya takut, saya terperasan dan pihak yang satu lagi terbuai perasaan. Saya kalau boleh nak elak dari bermain api, kelak nanti membakar diri. Cuba la kita berfikir sejenak. Sekiranya pasangan kita bersembang dengan orang yang berlainan jantina dengan menggunakan ayat-ayat cinta dan diiringi bersama emoticon yang comel dan menggoda jiwa, adakah kita masih boleh terima dengan hati yang terbuka?

"Ala.. mereka hanya bersembang main-main aje. Bukan ada apa-apa pun...Tak perlulah nak cemburu.."

Padahal dengan pasangan sendiri, tidak banyak yang dibualkan. Hanya yang penting-penting sahaja, masih main-main ye.

Lagi satu ayat cliche.."I ni spesis giler-giler.. mana ada nak jiwang-jiwang dengan dia. Eee.. tak masuk akallah!
Ok,fine. Mula-mula gila-gila lah, lama-lama gandaan gila tinggal satu perkataan dah tertambah pula imbuhan 'ter'"dan 'kan' menjadikan perkataan tu :TERgilaKAN.. kan bahaya tu.

Contoh ayat: I ni jenis gila-gila. Main-main aje sembang dalam tu..
Tiba-tiba aje : I TERgilaKAN si polan! Oh.. macam mana ni.. I ingat main-main aje, tiba-tiba tersangkut. Oh.. janganlah dia tinggalkan I... wtf!

Dan saya masih boleh terima sekiranya mesej itu dipaparkan secara terbuka, kita faham niat main-main. Tapi apabila mesej diletakkan secara terbuka, ayat yang ditaip kelihatan formal dan tiada apa yang berlaku, sebaliknya bila bersembang secara private, boleh pula keluar ayat macam-macam ye, siap dengan icon2 terbaek. Jadi, ikhlaskah anda bermain-main tadi tu? Ikhlaskah gila-gila anda tu? wtf!

Bukan apa, saya rasa lebih saya ni berfikiran kampung dan kolot daripada mereka yang berfikiran bandar dan moden. Bagi saya, apa-apa pun, kita harus sediakan payung sebelum hujan. Apatah lagi musim hujan ni, takut banjir pula. (Apa ni, tulis belit-belit, tak paham aku..)

Eh, kenapa ni.. janganlah terasa, saya taip ni pun main-main saja. Ala.. saya ni kan gila-gila.. mana ada serius-serius. Kalau nak benda yang serius, anda sentiasa boleh layari blog ini. Semuanya serius belaka...(tetiba ending macam ni.. cam cipan!)

Sekian,
Salam mesra dari Ticer Syah a.k.a Orang Kampung

P/S: Cemburus tanda sayangs..

Ada lagi ke orang kampung kat sini? Kalau ada, sila like..kakakka

Picture credit : http://www.corny-me.blogspot.com/2009/11/read-thisjust-for-fun.html





3 comments:

Unknown said...

Nasib baik saya lahir di Kampung Melayu...

Ticer Syah said...

kakakak.. hidup orang kampong..kakaka

ftrhd said...

saya pun orang kampung..chill sudah! hehe

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails