Friday, September 3, 2010

Tanda Hari Raya sudah hampir...

Alamak...hari raya sudah nak sampai. Rasa macam tak cukup hari aje... huhu.. (memang posa tak penah cukup pon..aakkaka)

Sebelum cuti sekolah, kaum ibu pasti bawa balik berbondong-bondong plastik ke rumah. Saya turut tidak terkecuali..hebat giler nih..kkakaka.


Beli kat anak murid! RM 24 sekilo -- macam kuih siput.. tapi dia balut dengan apa nama... ikan bilis..hehe. Tak banyak pon kan..


Naahhh... berpelestik2.. Orang tak bleh duduk belakang nih. Total saya perabih duit kat kuih raya dalam RM 300.. Padan muka! Hoh! Sapa suruh malas bikin sendiri.. hua hua hua.. Owh.. kawan saya lagi hebat.. RM 500.. akkakak habis bonus Raya!

Selepas aje aktiviti bayar-membayar, pakat pergi dewan pula. Sila ngaji quran! Baca Yassin sampai ngantuk-ngantuk pula. Sungguh tak snonoh! Saya pun ngantuk.. maklum le.. Salman demam malam sebelum tu. Jenuh berjaga till 2 a.m...huhu...tapi boleh juga tahan, tapi terjatuh juga surah Yassin masa nak last.. Hoh!


Waktu awal..geng tahun 6 berkhatam Quran.


Bagi hadiah pada geng Year 6 yang khatam tadi... Amboi Razak..syok sangat anda ye dapat bermanja ngan Ina..akakkak


Pastu sesi salam menyalam dan dapat duit raya! Yeay! Cikgu ober nih! Hoh!

Walaupun begitu, saya agak sangsi dengan cuti raya kali ni. Sebabnya guru-guru di Langkawi dan Alor Setar pakat cuti 2 minggu. Kenapa pula skolah saya cuti setakat hari Isnin sahaja? Hari Selasa dan Rabu kena pi sekolah, hari Khamis cuti kembali.. hoh! Apakah? Rasa macam )(&(*^(*W)&()*()&()&)(*@_*_)*(&)(&)(@

Mereka mungkin terlupa bahawa ada di antara staff mereka ni duduk jauh. Amboooiii..mementang la korang duduk kat tepi bibir aje, buat dono kamu ye...tiada hati dan perasaan ye kamu! Bekas PK sekolah saya siap call kata Pengarah dah kasi cuti for two weeks.. dan sekolah beliau hanya mengarahkan guru tahun 6 aje kena datang skola for both days..tapi akan diberikan keistimewaan bercuti dua hari pada bila-bila masa untuk guru-guru berkenaan... sungguh touching kan that PK? Miss u PK!

Apapun.. saya kecil hati dengan sekolah saya! Hoh! Harus bertukar!

2 comments:

eT said...

haha..slumber la cikgu...:p

Ticer Syah said...

kekekek..luahan ati tak dapek balik lamo..akkaka

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails