Tuesday, July 13, 2010

Happy Birthday Adam!


Happy birthday Handsome!

8 tahun yang lalu, Mama ngan Papa teruja sangat nak dapat the first baby! Every month mesti pergi scan perut. Masa perut 3 bulan doktor kata dapat baby girl. Hoh! Teruja lagi la, maka pergi la beli baju kaler pinky sebab terlebih excited.. then masa perut 5 bulan doktor kata akan dapat boy pulak. Kompem! Hoh! Apakah?!

"Aik, doktor, haritu u kata girl. I beli baju pink dah!"
"Ya ka.. hari tu kecik lagi..yang ni kompem.."

Ciss sungguh doktot itu. Tecit ati I. Tapi takpe lah, yang penting baby okey. Then, masa tu pulak, kena ngajo jauh sangat! Kat Kuala Nerang. Tiap-tiap hari berulang! 49km untuk sehala sahaja. Tension tak tau nak habaq. Asyik-asyik kena dok spital. Sebab darah tinggi. Makan pun kena pantang..eh..pantang la.. pantang jumpa..kakaka.

Masuk bulan kelapan. Badan dah macam belon. Huhu.. Sungguh mengeciwakan ati Mama sebab body Mama punya alignment dah lari. Macam takde harapan nak kembali kurus. Takpe la.. baby punya pasal.

Dua minggu sebelum due date dah kena masuk ward. Sebab darah tinggi. Lepak kat spital. Huhu.. Tapi bila waktu malam, lari kuar dari ward, pi dating ngan huby -- mamam kat kedai makan kat stadium. Hehe.. thrill sungguh time tuh..kakaka

Then, dapat MC lak.. gumbira duduk rumah. Tak yah nak bawak kete dengan perut besar pi skola.. penat tau. Habis bengkak-bengkak kaki. Huhu...Lepas tu, satu hari tu... tiba-tiba sakit pinggang.. adoi.. tak menahan.. terus pi spital, Papa kata kita pi hospital gomen, sebab prebet mesti makan riban. Rugi duit.. kita bukannya duit banyak. Okla.. pi la spital gomen. Huhu.

So, masuklah ke spital gomen... berjam lamanye dok dalam bilik bersalin. Papa asek pi surau aje sebab dah tak boleh nak teman Mama dalam wad. So, duduk kat surau je la.. berdoa kita berdua selamat. Mama lak..asek nanges la nanges laaa (baca dalam nada karekter Shawal dalam citer Ahmad Albab). Sebab sakit bangat.. pehtu darah naik lagi.. so, kena pakai apa benda ntah kat mulut tuh..nak kasi releks la kot.. Pastu kat tangan pon ada bubuh macam-macam..

Bila dok dalam wad, rasa macam nyesal lak dok spital gomen sebab masa ini sokongan dan motivasi dari Papa sangat-sangat diperlukan. Ni tak, duduk la kat atas katil tu menunggu macam buah tak jatuh..sakit tak berenti-renti. Doktor datang silih berganti. Oh..tensi masa nih.

Then, masa ditunggu-tunggu telahpun tiba. Dengan beberapa kali percubaan meneran, maka lahirlah Adam. Sungguh gembira tak terkata. Tapi tak boleh juga nak buat apa sebab time tu agak pening lalat kesan dari dadah..kakakak..

Tunggu Papa punya la lama..padahal bersalin petang.. sampai malam baru la Papa nampak muka. Papa terkejut tengok Adam dah ada. Rupanya takde orang inform. Depa inform the next morning.. ada ke patut.. Papa cepat-cepat pangku Adam dan azankan Adam. Walaupun terlambat (tak senonoh kan spital nih) Papa tetap azankan. Adam besaq sungguh time tu. 3.8kg! Wow! Terkejut semua orang.. hehe..

Ketembamam Adam memang tak boleh disangkal. Sungguh berbeza betul. Huhu. Mama pun tembam sama! Hoh! Kakakkaa...

Apa pun, pada hari tu, memang hari yang paling happy dalam hidup Papa dan Mama sebab pada tarikh 13 Julai 2002, kami dapat first baby and his name is Adam Darwisy.

Happy Birthday Adam!

3 comments:

Ah Win said...

wah..tawon 2002..aku baru habis ngaji..x kawen lg..boipren pun tadak!

T_T jelez aku

Ticer Syah said...

kakakaka..aku ni kan ke gatai terlebih. tu pasal ngaji takat diploma aje..malas nk sambung sbb gedik nk tawen....kakakakka..padan muka aku..akakkaka

eeeda said...

Boleh tambah lagi nie...

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails