Thursday, June 10, 2010

Sudah Sampei!

Alhamdullilah, telah selamat sampai. Line tenet hanya satu -- berukben yang agak slow-mo. Maka dengan ini saya ingin mencadangkan agar tuan tanah menyediakan kemudahan wireless dari Streamyx yang sungguh laju. Sila letakkan sekali password supaya tidak mudah dicuri oleh jiran yang tidak bertanggungjawab dan hanya tau nak pree aje..akakkakak..

Kelebihan ada wireless berstreamyx:
1. Memudahkan isi rumah melayari tenet tanpa mengira masa dan tempat. Hatta masa memasak pun kita boleh juga melayan restoran alam maya kita di dapur..akkakaka.. Multi-tasking la kata..Pastu kalau dah takde space sangat-sangat, dalam toilet mahupun di kandang renab pon kita boleh bertenet.. kakakaa

2. Bole la geng-geng yang dok ngaji tak abes-abes ni wat assignment dengan laju (bergantung pada kelajuan la.. amek 4 meg senang..akakaka...) Maka assignment leh disiap sambil berholiday.. Hehhee..

3. Boleh bermain game online secara berjemaah antaranya game Bejeweled 2, Cafe World dan lain-lain yang sewaktu dengannya hanya melalui pesbuk.

4. Boleh update dan tuko status setiap lima menet..akkakaka.. kat pesbuk. Kuikuikui.. dengan menaip..

Pendekar Syahidah Ibrahim is masak-ing.. jgn kaco
Pendekar Syahidah Ibrahim is watching DVD -- citer antu.. tatottt..
Pendekar Syahidah Ibrahim sedang bergossip hangat with Fadzilah Ibrahim, Suzilah Ibrahim, Faizah Ibrahim... rugi bagi mereka yang takde wat masa nih..kakakak
Pendekar Syahidah Ibrahim bohsan giler dah nih..kakakaa

Kelemahan ada wireless Streamyx kat umah omak:
1. Omak akan penin pala tengok bil letrik melambung sebab pakat nak caj laptop masing2..akkaka

2. Omak akan tensi sebab meja makan penuh dengan laptop dan bukannya dengan makanan.. hoh!

3. Omak akan jiwa kacau sebab suma ngadap laptop.. hence takde orang nak sembang ngan omak..akakakka

4. Last-last omak layan DVD je la ngan cucu-cucu beliau..akkakaa

5. Omak hangen pula nanti.. sorry Omak.. we lap u!

Okayla.. dah ada orang hangen skang ni sebab aku menggunakan berukben beliau.. C U then..

Oleh itu, saya menyokong skali lagi rumah ni dipasang dengan Line Streamyx Wireless..

Sekian, macih...akkakaka

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails