Saturday, May 1, 2010

Jangan Suka Sangat!



Orang tua-tua selalu pesan, kalau bermain tu jangan terlampau sangat, dan kalau suka pun, jangan suka sangat, bimbang akan membawa duka pula selepas itu. Oh, memang benar pepatah lama. Hari ini kesukaan terlampau telah membawa padah!

Semasa mak bapak sebuk berbowling tournament, kanak-kanak riang pun turut mempunyai peluang untuk berbowling. Thanks to Atok Otai di atas kemurahan hati beliau untuk mensponsor satu lane untuk kanak-kanak riang. Dah nama pun kanak-kanak riang, main baling aje la bola bowling tu, tanpa ada perkiraan dan perancangan yang strategik untuk bermain. (Macamla tukang tulis nih terer bebenor..akkaka)

So, lepas aje kanak-kanak dah habis main, terpaksa la mereka menunggu mak pak mereka abes main. Ate.. dah dok rancang strategi, pastu meracun diri, pastu ada lak sesi makan-makan.. tak ke lama.. Oleh kerana keboringan menunggu, maka sessi bermain pun bermula. Mula-mula lari sikit-sikit, kemudian, lari banyak-banyak. Kemudian membuat cubaan berlari keluar kawasan. Hoh! Maka insiden eksiden pun berlaku.

Tatkala orang membuka pintu kaca tu, si Adam pun mengambil kesempatan untuk keluar tanpa sempat membuat pertimbangan sama ada sempat atau tidak pintu itu menunggu beliau. Maka, oleh kerana kiraan serta perancangan strategik tidak tepat, maka terjadi kecelakaan! Tersepitlah kepala beliau di pintu kaca. Syukur, tidak pecah.

Sungguh koman pintu kaca di Sentosa Plaza nih. Takde hidraulik, kalau dipasangkan pintu jenis hidraulik, mungkin perkara itu tidak berlaku (macamkan paham)

Selepas kejadian, maka bergegaslah kitaorang ke KMC. Terdekat dan tercepat. Bil lain citer.. kuikuikui..


Masa nak mendaftar..


Selepas dicuci. Koyak kulit dia... cian anak den.. baik sangat!


Balut besor --nak kasi nampak dramatik..kakakak.. Time ni tengah tunggu doktor datang nak check sama ada perlu dijahit atau digam.


Doktor sedang memberi arahan kepada misi cara-cara nak buat...

So, akhirnya doktor membuat keputusan untuk meletakkan gam aje kat tempat terbelah. Maklumle tempat terbelah berbentuk X atau strike (kan ke main bowling..kakakak)


Strike dalam bowling kini berada di muka beliau.. kuikuikui.. cian...


Setelah beberapa minit, kuar darah lak kat tepi tu..


Ada nampakkah itu darah kuar. Haiyaaa.. masa balik rumah pon ada. Sekarang dah benti dah.. ngeri gue.

Keseluruhan kos rawatan ialah RM 108 dan beberapa sen. Owh.. dengan wang ni, boleh main lagi dua set game bowling untuk 6 pasukan yang mengandungi 12 ahli seh.. Haishh!!!

Sekian, biter hangit!

2 comments:

ONE ZABA said...

mak apak pun jgn leka sgt..ku..kui..kui....

Ticer Syah said...

tu la pasal.. mak pak syok dok kira mata..akkakak.. seb bek mata anak tak jadi pa... adoi..

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails