Monday, February 1, 2010

PPD buat surprise polak..

Pagi ni bersemangat kesukanan nak ngajo guna LCD setelah dah jumpa tempat selesa untuk mengajaq... maklum le macam previous post.. plug kat bangunan lama tu (tempat kelas aku) memang boliauuu... Suma hampeh..tak ble nak guna langsung. Tencen gue! Macam mana nak guna LCD kalau plug tak boleh nak pakai. Even the trolley pon wajib dah dibuang daerah dengan keadaan itu macam. Wakakaka..aku jadikan trolley rak magazine. Ok kah? Kuikuikui..

Pepagi buto dah mula kelas. Bila nak setup everything, tetiba nahhh..wire extension terlupa nak bawak polakkk... Punggahhh!!! Tensi btoi. Tapi tetiba aje IQ terlebih pandai... soh budak cari Mr Lee --tokey Computer Lab and mintak extension wire. Nasib baik ada. Lepas aje ngajo dengan semangat kesukanan bebudak Year 4 datang kat bilik tayangan nak wat latihan pompom. Haishhh..

Aku soh depa turun bawah. Depa masa PJ, soh pinjam waktu PJ untuk latih gimrama + pompom untuk acara pembukaan sukan sekolah nanti. Nurul turun bersama kekanak riang untuk dilatih. Habes aje masa English, aku pon turun bawah juga. Tengah syok-syok melatih, ada pulak kete Wira putih masuk perkarangan sekolah.

"Weh..sapa weh.."
"Ntah.."

Pelan-pelan kete putih tu merayap kat dewan, tempat kitaorang berlatih. Ciss..sungguh hampeh. Nak parking pegi la sana. Dah ada tempat kete untuk tamu. Budak tengah berlatih ni tak nampak kah. Mula la aku nak hangen. Dah la time ni aje yang boleh guna budak ni. Masa lain mana buleh kacau. Adoii..

Tetiba aku nengok plat number ada tulis perkataan..
Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu..
Aku nengok sapakah orang di dalammm..

Nahhh.. Tuan PPD weehhh... apa lagi... halo-halo la ke masyarakat sekelian alam. Wahhh.. ini PPD dia tak masuk pejabat. Dia round satu skola, dia masuk tandas..bagus ye Tuan PPD ni, kuikuikui.. sila lah wat lawatan sosial ke tandas satu lagi tu.. asik bertampal sana sini sampaikan ada sowang cikgu kata..

"Nak heran apa Syah, sekolah kita ni sekolah angkat Hospital Jitra.."
"Awat pulak.."
"Tu....asek bersimen aje... bocoq ja simen..tu je la yang depa mampu buat..simen simen simen..."
Polakkk...

Ini kalau Tuan PPD nengok wajib pisan. Kalau duduk kat bilik peperiksaan yang bersebelahan tu sahih leh pitam di waktu-waktu puncak! Wakakakakka

Eh, terbebel lak pasal tandas. Ok, back to the latihan tarian tadi, maka kitaorang pon mengerah kekanak riang masuk kelas. Takut didakwa dengan kesalahan lak mengguna waktu PnP untuk latihan gimrama + pompom. Sebab kalau sabit kesalahan boleh dimasukkan ke dalam penjara weh. Sapa nak lawat aku kalau aku masuk penjara tu.

Betoi ka masuk penjara? Weh.. korang ni mesti tak baca pekeliling. GB aku sakap tau.. dalam pekeliling ada. Huhuhu...Depa wajib la soh latih belah petang.. Owh..tak kuasa den nak datang petang-petang ok. Nak datang latihan rumah waktu petang pon berchenta.. kuikuikui.. Lepas skolah gagah lagi ok!

Bila dah soh bebudak balik kelas ngan tertibnya, kitaorang pon apa lagi berdebussss lari naik ke library. Kemas library tak hengat. Simpan segala yang boleh disimpan. Ada polak sowang cikgu datang ke bilik kitaorang nak pinjam komputer.

"Wat per weh.."
"Lesson plan aku tak print lagi..."
"Print cepat weh..sementara stok masih ada...wakakakkaa. Kitaorang nak pi makan."
"Ok.. pegi la dulu."

Elok kitaorang turun aje kete Wira puteh tu dah kuar dari sekolah..
"Oh, sudah balik weh.. selamatonn..."

Wakakakaa...
Soalan hari ni:
Kenapa perlu rasa cuak pada geng2 Jabatan, Nazir dan PPD? Mereka pun macam kita gak. Aku pon tak paham sebab aku pon cuak tetiba. Padahal suma kerja complete dah...kuikuikui.. Macam la juga kita jumpa polis. Apsal tetiba rasa tatot bila nampak encik Pulis? Naper ye? Naper? Naper?

P/S: Ghupanya Tuan PPD saja-saja singgah manja kat skola we all. Maklumle sekolah tepi jalan. Senang nak masuk. Hoh!

2 comments:

sayalahfaizul said...

ha... tau takowt

.: mama cute :. said...

kuikuikui..tgk polis pon taakot oooo..phobia...

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails