Monday, February 15, 2010

Please mute or turn off your mobile phone!

Sudah lama tak layan kempen ni. So, bila nampak aje budak nih dok promote kempen ini, maka aku pun terpanggil sama lah nak promotekan perkara ni.



Aku rasa bab-bab nak men'silent'kan telefon bimbit anda ni perlu ada sebab-sebab yang konkrit. Ada masa kita perlu mutekan aje, ada masa kita perlu silentkan aje. Tidak perlu off kan terus handphone anda itu okeh.

Tempat 1: Di panggung wayang.
Dah la orang tengah syok tengok movie and tengah feeling tak hengat, tetiba aje handphone kamu berbunyi.. dah la berbunyi kuat- lepas tu lambat lak mengangkatnye.. dah la tu, bila dah angkat, sembang kuat-kuat sampaikan pitching tinggi tak hengat! Ada ke patut! Sengal oh sengal. Eloknye pi duduk dalam toilet dan sila cakap sampai suara tu macam petir pun takpe okeh! Oleh itu, amat penting untuk korang me'mute'kan aje handphone korang tu okeh!
Jadi orang lain boleh watch the movie dan sambung tangkap leleh dengan aman damainya...

Tempat 2: Di majlis-majlis keramaian
Majlis keramaian di sini bukanlah majlis kenduri kahwin. Kenduri kahwin memang perlu kita kuatkan nada deringan..wakakaka..sebab kompang tu kuat bebenor, takut ada call penting masuk, kita tak dengar apa pon. Oleh itu, kat kenduri kawin takde masalah kalau korang nak kasi kuat itu volume. Lagipun kat kenduri kawin, rata-rata orang akan menggunakan suara yang berpitching tinggi dan juga suara ala-ala petir..wakakkaka..
Majlis keramaian yang dimaksudkan adalah di tempat-tempat yang ada tetamu kehormat a.k.a VIP. Kot-kot la orang tengah berucap dengan penuh perasaan dan tetiba aje handphone kamu mengeluarkan bunyi -- bunyi kentut.. cisss! Tidak ke hampagas namanya? Orang tengah serius menyampaikan ucapan tentang kemelesetan ekonomi dan 1 Malaysia, tetiba aje deringan kentut beralun.. Naya-naya.. kalau kena kat aku, pehtu lak orang pakat-pakat gelak tak hengat.. Mau aje direndamkan handphone beliau ke dalam kolam boya... haha.. how's that?

Tempat 3: Ketika berkursus atau bengkel
Oh, aku selalu terkena tentang ini. Maklumlah asik pegi sana-sini bagi ceramah kat orang and also jadi faci. Selalunya aku tak galakkan mereka tutup handphone, tapi sekadar menyuruh peserta silent kan aje handphone mereka. Itu pun ada yang tak paham arahan, wat kering aje kan. Kunun nak tunjuk nada deringan tu hebat bangat.. Tak tau kah nada Pejal aku lagi besh dari kalian? Hampeh! Tau kah kamu tatkala handphone kamu berbunyi, segala apa yang ingin aku atau orang yang bagi ceramah tu sampaikan akan hilang ditelan waktu.. (ala-ala gone with the wind la dei) Dan selalunya aku akan berkata.. "Oh, cik abang kamu sudah call, rindu sudah bertandang la kot..." Wakakaka.. Berunsur kecindan dan juga sinis..ekkekek


Tempat 4: Di tempat-tempat beribadat.
Ye, aku pernah lihat signagenya. Especially di surau-surau RnR. Akan diletakkan tanda handphone yang dipalang dengan statement : Tiada panggilan yang lebih penting dari panggilan Ilahi! Sampai nak kena letak signage baru nak paham. Haish.. dah peringkat tenuk teruk dah nih.. Tu maknanya masih ada tak paham lagi la tu. Kalau tak takkan orang nak letak signage macam gitu ye dak?

Apapun, dah besar panjang dah korang nih. Bak kata cikgu Maths aku dulu pon, atas bawah dan berb*** pon takkan tak reti-reti lagi kot. Sendiri mau ingat la you alls!

Oleh yang demikian, marilah kita menyebarkan kempen-kempen ini! Ada banyak lagi kempen korang boleh ikuti. Just go here and promote them in your blog! Happy campaigning!

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails