Saturday, January 9, 2010

Operasi Menyelamat @ Taman Tunku Sarina!

Salam sejahtera,
Berita terkini... satu operasi menyelamatkan menatang telah dilaksanakan dengan jayanya di Lorong 4 dan 5 di Taman Tunku Sarina. Menurut saksi awal, Encik Hammer yang berada di tempat kejadian, telah melihat benda menguit-nguit di dalam longkang. Setelah diamati beberapa ketika rupanya si ikan keli. Ingat nak buat lauk. Sekali seorang lagi penduduk menyatakan kebarangkalian ikan itu milik jiran selang dua biji rumah.


Kecoh seketika tatkala memerhatikan ikan-ikan malang yang tinggal nyawa-nyawa ikan..huhu.. Kucing turut kelihatan berkeliaran ketika ini. Aiyoooo..

Panggil punya panggil sekali takde jawapan. Haiyaaa.. buat ikan keli masak merah sangat bes! Apa lagi..operasi menyelamat la jawabnya. Maka saksi terawal tadi, Encik Hammer bersama Encik Mat a.k.a Pak Mat pun bertungkus-lumus menyelamatkan ikan-ikan keli jiran beliau. Nasib baik tiada kecederaan jiwa. Sungguh tough ikan keli ni. Walaupun longkang kering, tapi masih hidup walaupun nyawa-nyawa ikan.


Yang dilantai tu ingat masih hidup..skali menguit daaaa...

Masa yang diambil oleh para penduduk adalah lebih kurang doplo menet. Alhamdullillah, lima ekor berjaya diselamatkan. Menurut tuan punya ikan, ada banyak lagi, tapi tak dapat dikesan. Rasanya telah dibawa air longkang yang penuh dengan air hujan malam tadi. Kesian. Entah apa nasib si ikan-ikan yang belen tu. Huhu.. Semoga tuanpunya ikan terus tabah.

Moral of the story : Dah tau ikan keli spesis suka bebenor melompat, pastikan korang tudungkan bekas yang korang simpan ikan ni okeh! Sat gi naya ja dei.

Apa pun, harapan si pemberita nak makan ikan keli masak merah ternyata gagal. Pi beli kat kedai je lah.. wakakakaka

4 comments:

ONE ZABA said...

lepas ni boleh pi palestin . operasi menyelamat kat sana pulak.

Ateh said...

tak glamer ikan keli...aku lebih tertarik nak bela si kecik yg sandang beg skola...bole ka deiii...wakakaka..

.: mama cute :. said...

oneZ: tamo2 senang kena bom...

ateh: wakaakkaka...itu sold out dah dei...kuikuikui

PROJEK KELI KANVAS said...

Salam 1 Malaysia :)...nk tahu info sempoi dan best pasal ikan keli...mai singgah sini
http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails