Monday, December 7, 2009

Selamat dan tak selamat..

So, sudah lama tak tulis macam biasa. Asik tulis pasal hat sedey2 sampai orang naik bosan.. huhu. Kesian aku ni..dah la anak yatim dah.. hoh la korang ni. Seperti biasa musim cuti sekolah ni merupakan musim yang best dan tak best untuk geng cikgu cikgi sebabnya ada cikgu yang selamat akan sentiasa selamat di musim cuti manakala cikgu yang tak selamat..tak selamat lah..haha..
Apa maksud selamat dan tak selamat?
Selamat means, dewang ni tak perlu datang sekolah, kalau kena datang pon, dewang buat derk aje lah.. kering ati dan perasaan dan cuti juga macam bebudak skola..hoh la cikgu nih..
Yang tak selamat, cikgu cikgi yang kena datang juga di masa cuti--nak-nak cikgu2 UPSR sebab nak uruskan tentang kemasukan ke Tingkatan 1 dan juga urusan pensijilan kekanak riang tu...
Satu lagi golongan yang tak selamat ialah golongan yang dipanggil kursus..huhu..aku pernah kena ni..tencen yang amat..kuikuikui..
Segerombolan lagi yang terlibat dalam ini felem adalah cikgu-cikgi yang memang kena bertugas masa cuti, kena la jaga sekolah dari pagi sampai petang kot-kot ada insan yang mahu berurusan di masa cuti. Kali ni aku tak dapat bertugas sebab ada kematian.. (huhu..mula la mo sedey..huhu). Makacih pada yang tulun ganti tempat aku ye..huhu.. nanti aku belanja kamu mamam.. sapa ganti tu..tak tau la teman..
Ada juga cikgu cikgi yang kena jaga exam pada masa cuti. SPM kan masa cuti, so sapa yang jadi pengganas pengawas SPM masa cuti ni, terkorban la cuti dema..(macam kak ipo aku la...ciann...).
Golongan yang biasanya tak selamat masa cuti ialah golongan cikgu-cikgi yang masa muda-muda takmo sambung blaja, dah keje baru nak sambung.. haa..tu la..geng sambung belajar tu lah.. kena exam masa cuti.. so macam geng2 yang date examnya nak dekat krismas tu.. sengal la sket sbb tak cuti langsung la.. asik nak study aja.. hoh la.. Tu la hangpa.. dulu mak pak soh ngaji pandai-pandai masuk U, hangpa dok main.. masuk maktab jaa.. la ni kalut nak sambung.. haha.. tu dia la.. pehtu kalut ngan anak, laki, bini, assignment, proposal la, itu la, ini la... tak dapek la nak nolong oit..hoh.. padan muka aku jugak la..

So, kepada semua sahabat handai yang tak baper selamat dalam masa cuti ni.. terutama sekali geng-geng OUM.. selamat menduduki peperiksaan..

Seperti biasa, kalau nak exam tu, persediaan penting..chewah.. oleh kerana nak exam punya pasal, aku kenselkan akunye daily visit ke gym itew.. Dan gambar berikut adalah perkara-perkara yang berada bersama aku dalam minggu mari membaca dan menelaah buku untuk exam...yeeehaaa...


Amat penting untuk memastikan aku tak lapo.. sebenarnya malas nak ke dapur kan..hahaha..Alasan!


Air teh perisa blackcurrant yang memainkan peranan penting dalam operasi makan beskot.. sat gi tercekik polak...cicah mencicah amat bes dengan air ni okeh..


Ini dumbell aku baru aje kuarkan dari kotak..wakakakkaka.. setelah beberapa bulan beli, baru nak guna, itupon sebab dah join gym..ngeee..exercise jangan lupa.. tiang kesihatan.. chewah.. tahan lama mana tak tau..


Yang ini pon penting dei.. haha.. pen kaler2 mesti ada okeh.. liquid paper tak yah la..kensel aje.. pehtu set2 soalan yang lepas, jangan lupa donlod.. kot2 la ada soalan ulangan..hehe..

Itu aje story di saat ini. Sat gi sambung dalam entry lain.. huhu..Nampak sangat aku dah cemuih baca buku kan..leh wat entry seplo doplo posts skali harung..kuikuikui..

Wassalam..
(Takde mood nak baca dei)

1 comment:

Ah Win said...

sangat rindu mo belajar semula

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails