Monday, January 5, 2009

Hidup ni tak selalu indah..

Orang selalu heran nengok aku. Diaorang kata aku ni happy go lucky. Macam takde masalah hidup. Asyik gumbira and gelak ketawa aje. Even kalau ada orang bagi seribu satu masalah kat aku, aku still leh baik dengan orang tu. Sampaikan ada kawan aku cakap. Jadi Syah senang, happy aje keje dia. Takde masalah langsung.
Silap tu. Aku ni sebenarnya banyak gak masalah. Aku kalau keserabutan, aku mesti carik something yang boleh bikin aku happy. Aku tinggalkan segala masalah yang menyerabutkan kepala dengan perkara lain.
Contoh : Kemas rumah and mop lantai. Pelik ke? Ntah le.. kadang-kadang bila aku kemas rumah, aku rasa segala problem aku pon hilang macam sampah-sampah tu. Bila aku mop lantai, rasa macam segala masalah pon macam kena mop aje.
Satu lagi kalau aku tensen, aku pi la keluar jenjalan merayap sorang-sorang. Makan kat mana-mana yang best sorang-sorang jugak.
Macam mana aku boleh buat semua tu ek? Allo, korang ingat aku ni hepi-hepi takde masalah langsung ke? Masalah memang banyak la dei.. kalau takde masalah tu .. duduk Tanjung Rambutan. Cuma aku tak suka la nak luahkan masalah aku. Buat apa nak bagi orang lain turut serabut dengan masalah kita. Kalau kita pikir masalah kita ni besar.. orang lain lagi besar masalahnya. Cuba la bawak bertenang bila ada masalah.
Sebenarnya aku dok bloghopping kat blog kengkawan aku nih. Aku kesian la plak nengok mereka-mereka ini ditimpa masalah. Cinta? Kerja? Semuanya masalah. Kalau takde masalah, macam mana kita nak jadi lebih tabah.
Meh sini, aku nak story pasal love story aku. Aku ni cinta manyak kali dah. Banyak kali aku putus chenta dan jugak dikecewakan. Aku pon pernah mengecewakan orang jugak...hehe.. Tapi lepas putus.. aku jadikan yang lepas tu lepas.. selagi korang tak lepaskan apa yang korang dok tahan tu.. selagi tu la korang akan MERANA! Sebabnya aku pernah dapat nasihat dari abang angkat aku dulu (bukan laki aku ni..kekeke) Katanya.. jangan serahkan cinta Syah seratus peratus pada BF. Simpan sedikit untuk diri sendiri. Takut kalau tak jadi, Syah akan merana sebab segalanya Syah dah beri kat BF Syah tu. Aku dok pegang kata-kata tu sampai la sekarang. Tu pasal orang kata.. benda yang lepas jangan dikenang. Aku hangin betul kalau orang dok tingat kat x-bf. Memang le putus chenta tu memedihkan.. tapi jangan layan beb.
Ko tak tengok lagi si A (someone close) nih, bercerai kasih manyak kali, tapi setiap kali cerai kasih, dia bangkit dari kekecewaan. Aku respek betul ngan dia ni. Kalau korang jadi macam si A ni, aku rasa korang mesti dah give up. Tertipu dengan yang dicintai, dikhianati, dipukul, dicerca, dihina.. semua tu menjadikan dia lebih kuat. Boleh buat novel. Aku kalau jadi si A ni pun aku rasa aku tak boleh nak jadi setabah dia. Tapi dia masih lagi happy macam aku jugak. Dari kerja berpangkat, kena buang kerja, sijil-sijil dia kena bakar, pastu kena pulak kerja dengan orang lain, kena tipu pulak, pehtu kena buang lagi, pehtu buat bisnes asyik tak menjadi.. tapi still boleh survive dan tak putus harapan. Huhu.
Korang.. pleaselah.. jangan jadikan masalah tu macam batu penghalang untuk korang maju ke depan. Pleaselah people. Selagi memori tu korang simpan, selagi tu korang akan jadi hmmm.. macam mana aku nak habaq ni.. lagi korang kenang, lagi korang sakit dan sedih. Come on people. Jangan korang ingat aku ni takde masalah ok. Korang mungkin masalah itu aje.. aku ni masalah serang dari segenap penjuru. Tapi kita handle la dengan tenang.. bak kata pepatah.. Let bygones be bygones. Forgive and forget.

Hari ni aku berjaya menghabiskan 1k untuk membayar yuran-yuran nursery anak aku yang tertunggak 3 bulan.. hehe.. korang still ingat aku takde masalah ye? Takde duit pon still boleh happy.. kuikuikui..
Kalaulah korang berada kat tempat aku nih.. huhu.. ntahla...pesen masing-masing..

Sekian, coretan emo aku ari ni.. kuikuikui

5 comments:

~Insan Biasa~ said...

Yolaahhhhhhhhh.....tqqqqqqqq

Ateh said...

Bacalah buku Jangan Bersedih atau Dont be Sad

Ateh said...

Bacalah buku Jangan Bersedih atau Dont be Sad

Jeebsion said...

you sounded like a passionate person ... seronok bila ada orang passionate about something especially menda2 yang berkaitan dengan our future people (kids) .. hopefully you'll groom them well, and you groom them great.

Best of Luck :-)

.: mama cute :. said...

tq tq encik jeebsion.. w.pon wajahmu tidak kukenali.. ttp lobang idungmu tetap mnjadi pojaan atiku..hehehe.. mcm dialog p ramlee daaaa,

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails