Monday, January 5, 2009

Berapa masa korang?

Masa meeting hari tu PK aku serahkan jadual waktu. So, aku kena la 28 waktu termasuk perhimpunan. Pehtu ada ura-ura nak tambah sewaktu lagi menjadikan semuanya 29 waktu. Oleh kerana jadual waktu tu dibuat menggunakan komputer, so jadual aku ada sedikit gila babi. Mana taknya.. hari Ahad aku free banyak. Hari Rabu dan Khamis pack giler sampai nak kentut pon tak lepas. Aku tak berapa kisah le suma tu walaupun masa meeting last year, aku disarankan untuk mengosongkan jadual waktu pada hari Rabu, sebab kadang-kadang aku mungkin outstation hari Rabu.Aku turut disuruh untuk bagitau pada Admin akunye jadual waktu kalau boleh dalam lingkungan 24 waktu sahaja... Huhu.. Malangnya tak dilayan.. lagi dipenuhkan jadual aku pada hari Rabu.
Dah la tu, tahun ni jugak (seperti tahun-tahun lampau) aku tak berpeluang nak mengikut anak-anak murid aku. Mana taknya.. last year aku ajar 1 Mawar, 2 Melati dan 4 Mawar. Aku dok berasa aku dapat ajar tahun ni kelas 2 Mawar, 3 Melati dan jugak 5 Mawar. Sebaliknya aku dapat... 1 Mawar, 2 Melati dan juga 5 Melati. Sangat sengal. Sangat mengecewakan bila aku siap dah buat projek cuti sekolah dengan budak 4 Mawar last year dengan harapan writing worksyop aku dapat disambung dengan depa bila depa naik 5 Mawar.. tup-tup dapat kat orang lain. Betapa kecewanya aku.
Aku pun meluahkan kekecewaan aku pada PK1.

"Awat la I tak dapat anak-anak murid I balik, bos"
"Aik.. you tak dapat ikut depa ka? Budak 1 Mawar tu?"
"Tu budak baru la bos"
"You kena anggap semua murid-murid sekolah ni anak murid you!"
"Pulak.. I nak tengok progres depa"
"Abis tu sekarang ni you nak kata apa kat I?"
"Tak kata apa la.. Dah you buat, I ikut aje. I ni kan ke mentimun"
"I pun mentimun jugak"
"Cehhh.."
"Tapi I ni mentimun ada kuasa sket"... terus dia blah.

Aku ni bukan la berkira sangat.. tapi aku tensen bila aku dah polish anak-anak murid aku ni jadi terer.. last-last dapat kat orang lain. Aku bengang lah. Masa tahun 4, bebudak tu buat ayat tunggang terbalik. Bila akhir tahun, aku wat writing worksyop, depa dah leh la jugak buat ayat betul.. siap tulis surat kat aku dalam English (ni homework aku bagi masa cuti sekolah baru nih). Aku punya la teruja nak tayang kat depa hasil tulisan depa.. kiranya authentic writing lah.. tup-tup aku kena ajar kelas lain.

Aku jugak jadi guru kelas di kelas yang sama.. 2 Melati. Aku cakap.. bagi la aku chance jadi cikgu kelas budak pandai sama.. Tingin jugak nak tengok dan rasa isi rekod profil kaler biru.. nyaman rasanya.. Alasan PK aku.. You dah buat kelas you elok dah.. sayang bagi kat orang lain.
Hello.. aku ni tak kisah la nak cat kelas lain tiap-tiap tahun. Ingat aku ni kedekut taik idung masin sangat? Ingat aku ni buruk siku ke nak cabut semua ABM aku tu and tampal kat kelas baru (kalau diberi kelas lain lah) Hangin tul aku.
Last week, hubby aku tanya aku.. Mama.. nak cat kaler apa kelas Mama tahun ni? Aku bercadang nak cat kaler purple.. Tapi memandangkan aku dok kelas yang sama.. dan asyik dapat kelas belakang aje.. sorry la aku nak cat lagi. Lagipun cat nampak ok lagi. Takde mood aku nak hias giler babi tahun ni.. Tapi biasala kan.. aku ni cakap aje.. tapi tak sampai hati nak buat bodo aje.. Menciknyerrrrrr...

4 comments:

~Insan Biasa~ said...

28? aku termasuk perhimpunan 30 waktu. Dan dah masuk 10thn ngajar...statik kat tahun 2...adelah sekali dua tahun 1...tapi kelas utama statik thn 2. tak pernah pun dapat merasa ngikut anak2 aku tu wei.

Baguih la hang....BBM tinggai je. sekolah aku hampeh....siap dengan lemari2 deme bawak g kelas deme yg baru ko tau...punyalah berkira ckg2 kat sini. Pasai deme pakat ramai2 dah berkira..mamposlah kalau aku ikut cara hang....mau bengkerap aku....

and tahun ni aku dapat kelas paaaaaliiingggg curut hang tau. Aku ni dah la panas baran....apa tips hang nak bersabo ngan bebudak belakang2 nih...meh la peturun ilmu hang sikit....

.: mama cute :. said...

alaaa.. kita take it easy.. tp ada masa kita tegas la.. dok main take it easy.. sampai bila budak nk belajar.. ekkekekeekek..

dasat skola hang.. sampai almari pon hangkut naik.. aku stakat lemari tu tak amik le..

abm mmg tinggal.. malas nk cabut. lagipon dah tak santek.. kekekek.. aku lebih sker wat menda baru.. nmpak fresh sket..

tp takat langsir, skirting aku cabut la.. duit suma tuuuuu..

lemari tu apa la sangat.. rete kerajaan plak tu.. wakakkakaka

.: mama cute :. said...

skola ko ni byk subjek ke.. atau hang ngajaq tahap satu? tahap satu selalu manyak waktu.. huhu.. english tahap 1 ada 8 waktu.. tahap 2 just 7

atau tak cukup cikgu ke kat skola ko.. ada orang dapat 26 pon hingaq nak mampos dah

jane said...

salam jehan..........


wa pun mungkin 30...!!
belum tau lagi. dah 2 hari ni, free stengah jam aje...1 masa. kurus mak mcm nih!

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails