Selalunya bilakah waktu sesuai untuk mengupdate blog? Ye.. bila kita lapang... tapi kadang-kadang bila lapang, idea pulak dok jem. Nak story pon takde story, sat gi hambar pula, peminat lari 100 meter terus. (bajet ramai peminat kakakak).
Sejak dah ada media sosial bernama Facebook ni, maka jaranglah saya nak update story sebab my blog is like my own diary. Facebook tu pon lebih kuranglah bila kita up status. Nak-nak pula bila kita pakai phone. Lagi la senang. Dok dalam jamban pon bole skrol. Unlike blog, yang saya prefer guna lappy to update anything. Mata semakin muda, so demand la sikit bila bab nak mengarang dengan penuh perasaan gitu. Kakakka..
Lagi pula dah ada rakyat jelata yang ramai. Maka masa adalah sangat suntuk. Sampai tak dan. Tambahan pula dah mula pula buat aktiviti luar. Lagi la tak dan. So, kalau nak update aje, terus la ke IG atau FB. Nak emo tahap gaban, lari pi Twitter. Kakakkaa.. Dah puas emo, padam plak post. Gitu akkakaka
Macam sekarang ni, tengah dok update, time tu la si Naufal dok ngusik si Hyder sampai terpekik lelong si Dino Boy tu. Kemudian si Xayra pula time-time ni la nak tidur kan. Jadi kena juggle the time tu betul-betul. To sit and write a post tu kira berjaya melepasi tahap masa yg kritikal kiranya. Kakkaka..
Oklah.. so, whenever I free, I will update here. Little Xayra dah mula nak emo dengan kenyaringan suaranya yg Mama tak menahan nak dengaq. So, see you later.
Sekian,
Salam penuh Chenta
Mama Gojes
No comments:
Post a Comment