Bismillahirrahmannirrahim...
Petang ini hujan turun dengan lebatnya. Mujur tiada kilat sabung-menyabung. Maka seperti biasa the boys akan tersengih-sengih memandang kearah Mama. Mama dah tentulah memahami isi tersurat dan tersirat mereka kan. The first person of coz la si Reporter akan datang untuk membuat ulasan...
"Mama.. hujan lebat ni... hmm.. boleh dak kami mandi air hujan?"
Mama dengan muka kering terus menjawab...
"No!"
Berlalulah si Reporter dengan wajah keciwa.
Kemudian datang pula si Number One.
"Mama.. ujan lebat sangat ni... bagilah kami mandi.. Syok tau Mama"
"Mana ada orang mandi ujan la ni..."
"Ada... tu.. anak kedai Ice Blended tu dia mandi jugakkk!"
Kemahiran memanipulasi sedang diadaptasikan dengan jayanya.
Tatkala itu, Mama pula terbayang memori bermandi air hujan dengan gembiranya sambil berlari-lari dikeliling rumah dan duduk di dalam lopak-lopak air. Mengejar katak yang melompat-lompat keriangan kerana sihujan datang membasahi bumi. Ketika itu tidak ada pun rasa risau tentang demam, selsema dan sebagainya.
Kita sekarang ni macam paranoid dengan segala benda. Sampaikan anak kita nak bermain diluar pun kita rasa gerun. Rasa tak selamat dan sebagainya. Main komputer memanjang pon kita bising, main game pon kita memekak.. Eh eh.. kesian anak-anak... hahaha.
Akhirnya Mama memberi kata putus.
"Don't forget to bring your towels. Sat gi buka semua diluar, balut badan dengan towel baru masuk dalam rumah!"
And the boys were screaming joyously....
"Yeayyy! Thank you MAMAAAAAA!"
Posing sakan kan... Feeling akrobatik la konon.
Tiba-tiba teringat.. in case depa demam.. alamakk... camna.. ubat makin mahal ni.. Ehhh....
Salam hujan lebat,
Mama Gojes
No comments:
Post a Comment