Minggu lepas sebelum kejadian Adam dah jatuh basikal. Tapak tangannya sedikit terluka. Aku marah sungguh. Kataku dalam keadaan marah..
"Haa..main la lagi.. tak hati-hati..lepas ni tak tau plak la.."
Dan Adam hanya diam saja dengan muka tak puas hati. Geram aku dibuatnya. Abis baju kotor. Dua hari selepas kejadian, dia jatuh lagi. Kali ini jiran-jiran dikedai memanggil Papanya.
"Suruh dia balik sendiri lah.." kata Papa.. geram haritu belum habis sudah jatuh lagi.
Rupanya kali ini lebih teruk. Tidak boleh bergerak langsung. Mujur juga seorang jiran prihatin bawa Adam pulang ke rumah. Dan kitaorang pon terkejut tengok dia begitu kritikal dan nangis tanpa henti. Biasanya mana la si Adam ni nak nangis, dia kan hero Malaya... So off we went to KMC. Nak pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah takut lambat. Biasalah ramai orang, banyak karenah, nanti kita pon tension. Mujur juga la ada insuran. Tak perlu nak pening kepala.
Sampai di KMC. Naik wheelchair dan terus dirawat. Dari jam 7 diperiksa
dan boleh didengari jeritan kesakitannya dan doktor suspek mesti patah.
Tengok bengkak sudah tahu. Terus aje masuk bilik X-Ray. Menjerit lagi
masa nak di X-Ray. Result dia.. hmm. patah lah. Satu patah, satu lagi
crack.
Jadi inilah hasil X-Ray. Dekat ngan wrist, satu patah, satu lagi crack. Huhu. Time tengok ni, luluh hatiku tak tau nak citer. Sedangkan kalau dahi berjahit dulu pon kita sudah rasa sedih. Inikan pulak dah patah. Dalam kotak fikiran dok fikir. Abeslah dia tak boleh main bola, main basikal, main tennis. Baru saja Papa dia belikan raket tennis, jadi kena KIV dulu la. Sedih ok. Huhu
Doktor kat situ pun tidak berani nak buat anything cuma katanya kita tunggu pakar saja. Dalam jam 9 kot, pakar pon datang. Very friendly and always smiling at us. Cara bersembang dengan kita pon tidaklah buat jiwa kita kacau mungkin itu cara doktor nak bagi release stress. Doktor pakar tu just kata.. esok kena operate dan bubuh besi. Akan recover within 3 months and next year baru boleh keluarkan besi tu. Adoi.. luluh lagi hatiku..
Ini gambar Adam waiting for the specialist to come.
Dalam dok termenung, terfikir plak.. macam mana pula nak jaga waktu malam. Nasib la Papa willing to stay at the hospital. Lagipun si Hyder dok breastfeeding lagi. Leceh pulak bawak babies. Kalau tinggal ngan Papa pon mana la sama. Jenuh nak suap apa kat si Hyder ni. Masa ni kak ipar aku dah tiba. Dia bawa pulang si Naufal dan Salman ke rumah untuk makan-makan. Maklumle..since Maghrib tak makan apa pun. Lapar sungguh! Harap roti dengan air saja. Kayalah mesin air dekat situ. Hehe. TQ Long Bah and family. Then, ibu mertuaku pun datang bersama adik iparku Hakam. Emosi sungguh Pak Tam bila dengar Adam nangis dalam bilik. Hehe. Sabo ye Pak Tam. Mama dia pon emo ok. Tak lama kemudian, kak iparku seorang lagi, Kak Teh datang dan menjaga Hyder seketika. Lega la aku tatkala itu sebab lenguh dah dukung si Hyder ni. Hehe. Dalam pada tu, kami meminta tolong pada MIL dan juga kak iparku untuk menemankan Adam seketika sementara kami pulang dan ambil barang keperluan lain untuk duduk bermalam dihospital. Time tu jugalah anak sedara aku yang dua orang ni, Cikin dan Adi datang bawa kanak-kanak riang tadi ke hospital kembali. Dalam jam 11 barulah Adam dapat check-in ke biliknye dan around 12 semua orang pulang.
Esok pagi, lepas dah kemas itu dan ini yang mana sempat, terus berangkat ke KMC kembali. Masa Papa mai tu, Adam dok dalam operation theater. Lama juga la dia dok dalam tu. Kiranya kami sempat la dok beli food dan buat aktiviti lain yang sewaktu dengannya.
Keluar dari bilik operate tu, tidur aje si Adam for several hours. Sampaikan nenek datang pun dia tak perasan dan Pak Ndak Mu'ti datang pun dia tak tau. Bangun saja terus bertanyakan Aliff dan Pak Ndaknya. Bila dikhabarkan sudah pulang... terus dia tidur balik.
Yang ni baru aje habis operate.
Ni hasil dari operate. Sudah diletakkan besi pendakap tulang. Macam transformer suda.. berbesi bagai.
Nenek tiba jam 4.30 petang bersama Pak Shatnye. Kemain laju si Kechat bawak kereta. Sabo je la. Kui3x. Hatiku lega sedikit melihat kehadiran orang jauh ni. Benarlah kata orang.. kalau kita tengah susah.. time tu orang terdekat kalau datang, memang kita happy. Tengkiyu Kechat sebab sudi bawak Omak. Hehe
Lewat petang, MILku datang kembali bersama kak ipar dan adik ipar serta anak-anak sedara kecik konet dan besor belaka. Hehehe. Time ni meriah la bilik tu. Yang bawak biskut, yang bawak KFC dan macam-macam lagi kami ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tak tau nak habaq camna. Terharu sungguh kami tak terkata.
Adam busy reading magazine. Cover line malu la kot ramai sangat orang tengok dia.. Kikiki
Lewat petang lagi meriah!
Masa nurse dok cek itu dan ini, these boys yang super teruja asek tanya macam-macam kat nurse. Jenuh jawab! Kui3x
Hari ketiga di KMC, rakan-rakan roommate pula yang berkunjung dengan membawa air kotak, biskut, air jampi dan macam-macam la. Kekeke. Si pesakit bukan saja kenyang, malahan adik beradik si pesakit pun tumpang sekaki. Kui3x. Thank a lot kengkawan <3 .="" p="">
3>
Hari keempat di KMC barulah dibenarkan keluar. Memandangkan hari tu hari Jumaat, maka lepas Jumaat la baru boleh discharge. Adam diberi cuti selama seminggu dan hari Jumaat ni kena datang balik untuk rawatan susulan.
Muka happy dah boleh balik rumah. Hehehe
Apa pun, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan hero Malayaku baik jauh dan dekat. Terima kasih jugak yang sudi menjenguk Adam masa di hospital. Yang tak dapat hadir pun takpe, kita tak kecik ati. Janji doa itu yang penting.
To all family and friends.. you guys are the best. :D
3>
1 comment:
alahai sib baik la big boy ... takde la nangis nangis kot .. ;)
Post a Comment