Wednesday, February 6, 2013

Finally, I have spoken....

What is a slander?
A verdict of 'guilty' pronounced in the absence of the accused, with closed doors, without defense or appeal, by an interested and prejudiced judge 

by: Joseph Roux

Finally, I decided to pour them all out.. here in my territory.. after months of silence with no solution.. hohoho

It happened a few months back (more than six months).. when suddenly beliau claimed beliau terkena sihir.. At that time, aku rasa simpati yang amat pada beliau..sapa la nak dengki-dengki dan percaya menda karut-marut ni kan. So, I voiced out my sympathy. Pehtu, aku siap mesej tanya kabo di phone and pesbuk but no answer. Aku bersangka baik lagi..kot-kot la tengah sedih and marah, mesti nak bersendirian kan.. so I let her cool down first..sebab normally kalau ada problem ke apa.. kitaorang memang akan bermesej2 gitu.... After a few days, tetiba aje senyap sunyi dan tamo langsung bertegur sapa and her hubby tetiba aje distance himself from us. Dan tetiba aje she threw out vicious statements secara berjemaah dengan family members dia when one day I 'LIKE' a picture on her sister's wall. Even though they didn't say it directly but any human being will know especially especially when only you were on her sister's friend list kan. And tetiba aje they flew off to the Holy land. Macam all of a sudden without saying anything.

At this time I knew that they claimed that I did the whole thing and I was wondering.. WHY ME! Punye la ramai orang lain..aku jugak yang dituduh menyihirkan mereka. What the heck. Tapi tenang-tenang aje.. and we discussed among our cronies about this matter and one of us decided to investigate. And not long after that, we got the answer on why they picked us.. and these are their accusations...which turned out to be SLANDERS..a.k.a FITNAH

Fitnah 1
Aku kenal ngan husband aku less than a year lepas tu boleh nikah sedangkan mereka more than 8 years baru nikah.. Jadi kompem la aku membomohkan laki aku sebab sat sangat kenal boleh nikah...
Bila dengar the first statement, menderu air mata aku turun.. sedih sungguh la.. sampai hati dia tuduh aku macam ni.. What about her own sister.. aku rasa adik dia pon kenal  ngan laki dia tak lama.. lepas tu nikah..kenapa ko tak kata adik kau tu pakai bomoh pulak eh?

Fitnah 2
Masa aku menikah, hanya ada 1 cincin aje.. sedangkan dia dua cincin..maka aku dengki dekat dia.. 
Oh my! Kalau aku dengki, aku tak habaq la terang-terang.. and ini cerita zaman bila? It was 11 years back.. Motip apakahhhh aku nak dengki pasal cincin..kalau ye pon aku dengki cincin aku sebentuk, sepatutnya aku bambu laki aku sendiri, bukan dok pi sihirkan kau anak beranak... Statement apakah ini?

Fitnah 3
Masa hari tu laki aku dok tergelincir (baca: curang) sekejap. Aku dapat detect... jadi kata beliau.. macam mana aku leh detect cepat sangat, dah tentu aku pakai bomoh.. 
Ini lagi hampas punye statement.. ni aku nak habaq kat angpa naa.. Hubungan kitaorang laki bini (bukan nak berlagak ke haper) memang mesra alam ok. Nak sleep pon mesra, nak pergi kerja mesra..kiranya semua mesra.. amalan hugging tanpa henti tu dah jadi perkara biasa.. Mesej manja2 pon dah jadi  perkara biasa.. jadi sekiranya tetiba aje laki aku dah tak mesra alam mesti la kita tau something wrong somewhere kan. Lagi pun naluri isteri ni sentiasa betul. Kalau laki buat something wrong mesti kita boleh rasa.. Apakah angpa sudah tiada deria rasa lagi? Kompius.. Sedih jugak la ini pon beliau boleh jadikan bahan... macam takde story lain yang lagi kukuh..

Fitnah 4
Aku ni punyai anak-anak semua lelaki.. takde anak perempuan.. pastu aku plak suka ngan anak dia, maka aku dengkilah dengan mereka sebab mereka ada anak perempuan.. jadi itu lah sebabnya.
Ini pun agak pelik.. kenapalah pulak sebab aku suka kat anak orang menjadi masalah ye. Aku la kalau orang suka anak aku, memang besar rahmat aku rasa.. Bila orang sayang anak kita, orang mesti la doa yang elok-elok je kat anak kita kan.. ni tidak.. dikatanya dengki pulak. Adoi laaa.. macam tiada agama la ayat-ayat beliau nih.. Dan kenapa ye tidak tuduh orang yang ada anak seorang sahaja.. bukankah mereka patut lebih dengki sebab anak hanya seorang dan susah nak dapat anak? Patut la tiada lagi tagging picture dah. Ini rupanya... Jadi, lepas ni aku tak boleh la nak suka kat anak-anak sedara aku yang lain. Oh.. tak boleh ye.. ini pun leh jadi pitenah jugak.. Setahu aku kalau orang dengki ni, dia takkan layan anak-anak kita pon kannn.. nyampah lagi ada..motippppp???!!!!

Fitnah 5
Ada sekali tu aku ngamuk ngan laki terus packing back nak balik Melaka.. 
Ya..ini memang ada.. sebab time tu lakiku buat hal ok.. Biasala gaduh-gaduh..apa korang tak pernah gaduh ke? Oh..baguslah kalau tak pernah gaduh.. tapi takkan ini pon menjadi modal jugak ye? Apa la motip ini kena ngena ngan aku nak buat korang anak beranak? Woahooo.. sila bagi pencerahan.. tak paham lar.. apsal plak kes packing bag boleh termasuk dalam senarai aku nak menyihirkan kalian?

Hat tu je la yang aku ingat sebab ianya memedihkan tangkai jantung aku. Sungguh tak kusangka-sangka bahawa selama ni aku share all the stories dengan dia.. all the sad and happy moments dengan dia..in the end, dia gunakan balik sebagai alasan bagi memantapkan tuduhan beliau bahawa aku ni menyihirkan beliau..Dan kenapakah all the stories yang sudah basi diungkit kembali? I don't know...

Aku ni tak penah la reti nak guna Tok Moh- Tok Moh ni. Takut ok. Nanti dia letak dia punya barang kat kita.. jenuh pulak. Kalau rumahtangga kita ada masalah, atau kita ada masalah kesihatan, jangan la nak libat orang lain. Macam ni senang la.. kalau sakit, kita tuduh orang buat kita, kita gaduh laki bini, kita tuduh orang bomohkan keluarga kita. Where got road like this? Kenapa tak muhasabah diri diatas segala dugaan yang Allah dah timpakan keatas kita. Kenapa mesti nak salahkan orang lain? 

Jangan kita fikir kita ni cukup hebat bila kita dah jadi tetamu Allah, jangan kita fikir kita ni dah mantap bila dikurniakan rezki yang baik, anak-anak yang cerdik, kehidupan yang sempurna sebab semua itu juga dugaan. Kalau Allah nak tarik sekejap saja OK. Aku ni pun bukan la baik sangat pun, tapi aku tau there are certain things  yang kita dilarang dari melakukannya. Nak-nak menggunakan Tok Moh yang spesis menurun nih.. Nampak sangat la menggunakan kuasa syaitan.. Buka la mata sikit... syaitan ni hobi dia memutuskan tali persaudaraan, memecahbelahkan umat.. maka rugilah kalau kita ini terpedaya dengan helah dan tipu daya mereka ni. 

Apapun, angpa mengaji pandai dari kami.. jadi sudah tentulah angpa paham dan arif dari kami ni...tentunya angpa tau bahawa fitnah itu dosanya sama seperti membunuh orang.. dan dosa fitnah itu tidak akan terampun selagi mana tidak diampunkan oleh orang yang kita fitnah tu. 

Dan setahu akulah kalau betul kita kena buatan orang, kalau time berubat, bukan Tok Moh tu yang menurun, tapi kita.. so how?

And yes... I have spoken and with these I rest my case :')

2 comments:

Zura said...

biasa la mulot orang cikgu oii, bkn blh ditutup dikontrol..lantak la dorang, yg penting cikgu chantek !!

Ticer Syah said...

kakakak..motip sangat kan..

apa pon..kalau dia hepi cara gitu.. bio la kan.. yg penting kita tak bomohkan mereka.. mencik btoi aku.. biasanya orang yg tuduh kita ni, dia yang dok buat kan.. kehkehkeh

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails