Friday, January 25, 2013

Masa kecil dulu... Part 1

Dulu masa kecil-kecil, aku kadang-kadang kecelaruan jantina.. haha.. Sebab rasa macam best aje jadi lelaki. Boleh panjat pokok, boleh lompat-lompat tanpa orang marah-marah dan tegur..

"Eh.. orang perempuan mana boleh panjat-panjat.. "
"Duduk elok-elok sikit.. cantik sangat la dok terkangkang gitu.. nanti tersengihhhh aje anu tuh.."

Banyak betul pantang-larang.

Nak-nak dalam keluarga aku yang seramai 8 orang ni, aku orang kedua terakhir dan tersepit antara abang dan adik lelaki. So, mestilah sifat kejantanan akan melekat sedikit sebanyak jugak kat aku kan. Kakakaka.

Dan ada satu kali tu sedang syok aku merempit  basikal Le Run nak konar masuk dalam rumah (dulu basikal ini sangat hot in town sama dengan BMX, cuma Le Run ni lebih canggih la konon), tiba-tiba ternampak cikgu KH aku. Walaupun dia cikgu KH, tetapi dia memakai purdah. Sangat Islamik. Dan aku selalu takut tengok dia. Terus aku brek mencengkammmm gitu dan hanya pandang saja tak beri salam pun. Cikgu KH itu hanya merenung dalam ke mata aku. Wow.. Takut ok.. Kompem next day kena bahan..

Memang betul bagai dikata.. Esoknya ada KH dan bila nak habis kelas beliau kata..

"Ada orang tu naik  basikal bukan main laju, nampak saya terus brek, tapi tak bagi salam. Bawak basikal pon macam jantan.. Dah la tak pakai tudung.. rambut pendek!"


Oh! Malu setahun rasanya walaupun cikgu KH tu tak sebut nama aku.  Dan memang rambut aku tak pernahnya nak panjang. Masa tu Form 1. Potong rambut ala-ala Demi Moore dalam citer Ghost. Sekolah pulak semuanya perempuan. Terus peminat bertali arus hanya kerana rambut aku yang jantan tu (perasan giler). Hahaha..

Walaupun cikgu KH tu menakutkan aku, tapi aku tetap hormat dia... cuma tak bagi salam sebab terkasima.. kenapa beliau berada di rumah aku.. Oh.. rupanya anak dia mengaji kelas Tahfiz dibelakang rumah aku. Patutlar...

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails