Bila dah kawin dan duduk sendiri haruslah kita kena masak kan. Masa awal-awal kahwin bab masak ni jarang la. Sebab macam tak berbaloi aje nak masak tapi makan dua orang.. Kalau spouse tu balik lewat dan dah makan kat luar siap-siap lagi la jiwa lara hati duka kan. Penat nak tunjuk power root korang bab masak-masak tetiba laki balik kata..
"Alamak sayang.. abang kenyang la.. makan dengan boss"
Memang podahcit kan..
Tapi bila dah anak ramai dan berderet macam tangga Batu Caves, kita sebagai parents ni haruslah merajinkan diri ke dapur. Mau pengsan kalau hari-hari makan kedai. Lagipun makan kedai selalu bukan elok. Penyakit latang berlumba-lumba sebab most of their food haruslah ada Pak Aji.. akkaka.. Lepas tu kehalalan toyyibahnye pon kita tak harap sangat kan..
So, sejak dua menjak jadi surirumah yang taat dan setia, maka skill memasak pon dipertajamkanlah jugak.. kekeke.. Maklumle, mak angkat pon dah tamat kontrak, jadi suma kena buat sendiri. Kesian.. Hehu.. Bila nak masak dan-dan teringat daun itu dan ini.. Jadi kat rumah kita walaupun takde tanah, haruslah kita tanam juga daun-daun yang kita dok guna dalam masakan. Larat ke ko nak buat masak asam pedas, lepas tu nak pegi naik motor untuk ke kedai beli daun limau purut lima posen. Tak ke perabih duit minyak namanye.. Jadi, tanam je la kan. Bukan payah mana pun. Kekeke..
Top of the list pokok yang harus kita ada antaranya ialah..
Pokok pandan wajibul ghunnah kena tanam. Ada orang kata kalau tanam dalam pasu, abes hilang kewangian dia. Plak dah.. bistu kalau dah rumah takde tanah, mana lagi mau tanam? Belasah aje lar.. janji ada.. kkakaaka. Pokok pandan ni sangat sesuai kalau nak minum air teh o perisa pandan.. akkaka.. tak payah nak manjat Cameron Highland nak beli teh yang ada macam-macam perisa tu.. Amek ni saja lor.. sedap.. Tak caya cuba try... Selain dari tu, banyak juga la masakan yang guna pandan ni kan. Google la sendiri.. kekekek
Pokok daun limau purut..
Wajib tanam.. Kat rumah aku pon tanam dalam pasu gak. Dah takde tanah. Tu je la jalan mudah. Hat ni kalau mau masak asam pedas haruslah ada uols.. Kalau takde, macam tak meriah gitu. Even masak lemak cili api pon aku campakkan benda ni.. kakakka
Ini pulak pokok serai, kena ada gak. Nasib baik la abe sepupu aku yang rajin terlebih dulu tulun tanamkan kat rumah aku. Kalau idak, memang kena pegi pasar malam la beli secekak singgit.. akkakaka.. Daun serai ni lagi la macam-macam kegunaan, mau masak masakan melayu haruslah guna ini ok.. Lainlah western food.. Apa kejadahnye masak Lamb Chop boh menda ni kan.. kakakak..
Ada lagi tanaman lain yang patutnye kita tanam dalam kawasan rumah bagi memudahkan proses masak memasak kita kan.. daun kari, ulam-ulaman kalau boleh pokok pisang pon kena tanam, daunnye tu banyak jasa woi.. nak buat kuih abuk2 wajib ada tu. Jadi tak perlulah nak pergi ke pasar nak beli daun pisang seikat rm2. Tediaaaa.. daun pisang pon orang buat jual okeh...
Tapi dalam banyak-banyak pokok herba or masakan yang nak kita tanam, ada sejenis pokok yang kita tak boleh tanam. Asal tanam je kena tangkap, asal tangkap je kena tanam.. kakakkaak..
Yaaa... inilah dia tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang saya hormati sekelian. Jangan coba-coba nak tanam ini pokok ye. Nama beliau ialah Daun Biaq atau lebih dikenali dengan nama yang lebih gerun iaitu Daun Ketum... Sapa tanam kompem kena denda atau masuk penjara.. haaa.. tak tau.. tak tauu..
Dari korang tanam daun ketum ni, lebih baiklah korang tanam lalang..kakakka..
Jadi, apa lagi, sila dapatkan benih-benih yang halal ditanam di nursery berdekatan. Saya akhiri entry ini dengan serangkap pantun..
Pergi ke pasar membeli sepat,
Berhenti membeli si kuih cara,
Daun herba banyak manfaat,
Diguna orang pelbagai cara,
Aiceh.. sekian, wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Dei.. macam masuk debate daaa..
Gambar: Google lar mana lagi..
6 comments:
oke mantap..
follow back http://fokusmediafire.blogspot.com/
Maria bagi aku pokok limau purut sepasu besau...2x alih atas tanah terus meninggal ekekekekek...Diamuk nya aku okeh! ekekekekeke...
tanah sekeliling rumah byk...tp aku xde green-thumb..so aku suh laki aku je menanam..
tp, bila byk amat tanah kat sini, tambah2 rumah aku xde pagar (nk kata western la sgt konon..walhal gomen xde bajet)
asal tanam-menanam..baru tumbuh tunas dah kena sondol ke babi.
tp yg bagusnya, babis ini tolong bajak kan tanah..siap menyondol...tanah semua siap gembur...akakakakakaka
simanis:
mak ai.. terus padam pokok lo..membahaya ni. kena soh orang tangan sojuk tanam..akakkak
ah win:
kalau ada fafi mmg jiwa kaco la..tanam apa pon tak bule.. kihh.. ang tanam cili yg dah ada buah tu.. tgk depa mamam ke dak.. kakakkaa
kena tmbh lg ni.. cuba tanam daun kesum, daun ketumba dan parsley..=)
alamak.. hat dok ada ni pon ke'rajin'an ticer nak bela..akakkaka
Post a Comment