Wednesday, April 4, 2012

Burger Malaysia!

Pagi-pagi lagi Encik Hubby rajin plak belikan aku sarapan, beli pon sebiji aje..akakkak.. sebab dia tau aku tengah diet kan. Sebelum dah bedal epon sebiji, jadi ok la makan ni burger Malaysia ni sebijik. Bila dah makan, teringin plak nak buat sendiri for the kiddies petang karang. Hehe..

So, ini ingredients dia ye.. Meh kita coba sesama.

200 gram tepung gandum
140 ml susu segar atau air
2 1/2 sudu besar gula halus
2 sudu kecil mauripan (serbuk yis)
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar butter/marjerin

Untuk inti
Sambal ikan bilis atau sambal sardin atau ikut suka le.. kakkaka
Timun sebagai penyedap.. chewah

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan diatas tu dan uliiiiii sampai tepung tidak lagi melekat kat tangan. Kena bertabah ye, kecualilah korang ada breadmaker, jadi tiada masalah. Hehe

2. Bila tepung sudah tidak melekat ditangan, buatkan bentuk bola dan biarkan ianya naik sebanyak dua kali ganda.

Nahhh.. sebelah kiri sudah naik sikit. Belah kanan baru je lepas uli okeh. So, lihat bezanya. Kehkehkeh.. Tengok kat dalam bowl tiada langsung keselekehan tepung menandakan dah boleh bulatkkan dia.

3. Bila adunan tepung dah naik tinggi, kita terus uli lagi.. tumbuk-tumbukkan (kalau tengah emo lagi kuat tumbukan kita kan) untuk mengeluarkan angin dan selepas itu bahagikan tepung kepada bahagian-bahagian kecil. Buat bentuk bulat kecil <-- kira nak jadi burger dah ni.. faham?

4. Biarkan bahagian-bahagian kecil itu menaik lagi dua kali ganda dari saiz asal. Kena bertabah lagi la ye.

Macam ni lah...

5. Bila dah naik dua kali ganda, gorengkannnnn.. api kena perlahan dan pastikan minyak betul-betul panas. Goreng dan balik-balikkan dan angkat bila dah tukar brownish.. kalau tidak, jadi macam burger saya yang agak gelap.. huhuhu..

Nahh. Gelap okeh.. mencik!

6. Biarkan ianya sejuk dan belah dibahagian tengah. Isikan dengan timun dan inti pilihan anda.

Sedia untuk dihidang.

Sesuai untuk breakfast atau tea time.

Selamat mencobbaaaaaaa...

6 comments:

Luqman Zakaria said...

wah! rajin betul..meh sebijik nak rase! hehe,,

salam kenal.
arepnakbebel.com

Ticer Syah said...

kekekek.. anak berderet cam tangga batu caves mmg kena rajin la luqman oit..akkakaka

Anonymous said...

whooa..cam best la..nk try la skali..hihik..btw,follow me back,plizz
http://imaflowertoo.blogspot.com/

Anonymous said...

whooa..cam best la..nk try la skali..hihik..btw,follow me back,plizz
http://imaflowertoo.blogspot.com/

Nysa Bum Bum said...

sedapla pulak, tengah lapar ni :)hehe

Ticer Syah said...

esok pg leh buat ye.. kekekek

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails