Friday, March 23, 2012

Bila anak sudah meriah...

Hah.. bila anak sudah ramai a.k.a meriah, maka banyak la barang-barang mereka dalam rumah kan. Bila anak baru pula sampai, maka barangan dari anak hat sulung tu akan jadi warisan buat mereka yang dibawahan.. Kiranya anak bawah-bawah ni asek dapat barang second hand kengkadang fourth atau fifth hand okeh... bergantung kepada ketahanan material itu.. Kakaka.. Kalau baju.. brand elok dan mahal tahan la jugak, kalau beli kat pasar malam or market dalam erti kata lain murah.. maka lehernya akan mengembang cepat, dan tak comey kalau baby pakai..

Dalam kes kitaorang ni, banyak tul barangan yang direcycle for Hyder. Alahai, kesian sungguh nengokkan..akkaka. Apa nak buat wahai si anak.. Mama dan Papa kamu dulu pun dah dididik gini.. kita jangan membazir selagi boleh pakai itu barang.. Pakai sampai lebam okeh..

Antara barang yang dipakai sampai lebam ialah..

1. Tub mandi bayi
Diguna sejak tahun 2002 (masa Adam lahir).. hua hua hua.. antik ni. Beli kat Melaka sebab masa tu berpantang kat Melaka. Susah payah Nenek dia naik basikal pegi market nak beli ini tub okeh.. Sudah seplo tahun ini tub. Dasaaattt..

2. Tilam
Tilam ni pun dibeli tahun 2002. Giler kentangnye lama.. Tahan sungguh! Kekeke.. Baper kali masuk mesin ni. Ada jugak tilam baru, tukar-tukar la kan.. Kalau cuci hat tu, kita guna yang ini..kekeeke. Jap noh.. I nak tayang lagi satu tilam baby...

3. Tilam baby jugak
Tilam ni pun dibeli masa bersalinkan si Adam. Konon la beli tilam bebanyak.. kekeke.. nampak elok kan.. Lagi satu tilam beli taun ni..eh..sebenarnya minta tolong kawan buatkan.. nasib baik siap on time.. Hehehe.

4. Baby car seat.
Ini dapat masa tukar mata ganjaran Jusco tau. Dasyat kan.. nampak sangat penyoping tegar. Kakakka.. Ini pun masa bersalin si Adam.. hamboih..suma masa bersalin si Adam.. untungla anak pertama.. kakaka. Hat ropol-ropol tu pengalas stroller, Ude bagi.. tu pon dia guna masa baby dia kecil.

5. Stroller baby.
Yang ni diberikan oleh my sister Ude. Ni pon kira turun-temurun la jugak sebab hat ni anak dia yang bongsu tu pakai masa baby, sekarang ni Deqdinie pon dah besar dah.. Jadi, kalau tak hampir sepuluh taun, mesti dah lebih kot.. kekekeke

6. Baju-baju baby.
Yang ni dah tentu la kan. Dah la jantina sama sokmo, maka memudahkan lagi la kerja mak dia nak sediakan baju. Jimaton kata orang.. kakaka. Even dalam deretan gambar-gambar ni, hanya gambar 5 saja dia pakai baju baru. Kekeke..

Haaa.. nampak.. sharing is caring taw.. Macam mana nak bagi tahan lama menda tu. Tak susah, lepas aje baby dah tak guna dah barang-barang tu, kita terus bungkus la senang. Sebab tak mahu bagi berhabuk dan kotor pulak...

Orang tua-tua pulak kata.. bagus pakai barang recycle untuk baby, nanti baby pon jadi pemurah..kununnye lar..

Amacam? Ada ke orang lain buat gini lagi?

Renung-renungkan dan selamat merecycle.. kakaka

2 comments:

3p4h said...

Hoyeah! Ni sgt osem! Bertuah la Adam, dia yg 1st hand user, adik2 dia jd pengguna sekunder, tertier dan seterusnya. Haha...

Oh, patut la kluarga2 kita sume pemurah, slalu pkai brg recycle. Hehe...

Ticer Syah said...

kannn.. kakaka.. jadi macam tuan aji lar.. kekeke

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails