Thursday, January 5, 2012

CIter bukak skolah...

Bila nak buka sekolah, haruslah sibuk tak hengat mak bapak ni kan. Nak lengkapkan peralatan sekolah, bayar duit buku dan lain-lain. Daftar kelas tusyen lah, kelas renanglah, kelas itu dan inilah.. Semuanya nak bagi kekanak riang pandai. Siapalah yang tak mau anak pandai kan. Bila anak pandai, kita pun seronok dan bangga nak story kat orang. Cuba kalau anak tak baper nak OK. Dah tentu senyap sunyi. Kuikuikui

Sejak akhir Disember ni, memang la dok kisahkan perihal kanak-kanak riang saja. Dari A-Z semuanya about the kids. Sampaikan tak dan masa rasanye. Belum lagi bab bawa pergi gunting rambut, balut buku, tulis nama, jahit lencana dsb. Memang pening jadi parents ni kan. Duit pun keluar macam air saja.

Menulis nama pada setiap batang pensel warna adalah perkara wajib. Ini adalah memudahkan para ibubapa nak piat telinga kekanak riang tatkala terjumpa kaler yang bersepah.. kakakka

Bila dah busy tak hengat, kita yang jadi Mak Buyong ni pun tetiba jadi super tak larat. A couple of days before New Year, ada tanda sudah turun. Got some bloodstain tapi tak banyak. Bila pergi cek, doktor kata OK saja cuma kalau ada tanda lagi, dia suruh direct pergi hospital. What to do.. memang dah busy tak hengat. Takkan nak harap boipren aje.. Dia pun busy dengan office work dia. Hehu.. Kesian-kesian.

Macam mana pulak dengan cikgu? Oh.. cikgu pon busy jugak, mencari rancangan tahunan (apa yang kita nak ajo dalam masa setahun) dan mula menyediakan lesson plan. Lesson plan takde, how to teach lorrr... Maka kali ni dengan bangganya Ostajah Nik telah membantu saya memberikan RPT dari Yr 1-6. Tapi Yr 1 ngan 2 dan mula dengan KSSR, so kena cari hat lain la.. dan alhamdullilah malam tadi dapat jugak hat KSSR Year 2 punye RPT. Bolehla diprint siap-siap dan simpan dalam fail panitia..

Bila dapat terus edit dan print okeh!

So, to all parents and teachers, selamat kembali ke skolah, jangan marah dengan traffik jam disebabkan oleh kekanak riang yang dah mula ke sekolah sebab mereka juga seperti kita dahulu, berlumba-lumba mencari ilmu, untuk hidup selesa di hari akan datang seperti kita juga.. Hihi..

Sekian, samat berskola uolsss!!!

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails