Monday, December 5, 2011

Singapore Flyer -- Yeehaww!!!


Memang jakun tak hengat masa naik Singapore Flyer ni. Aku ingatkan my siblings yang dok sini dah pernah naik. Ghupanya tak penah naik pon. Kakkaka.. Sabo je lar.. So, trip kali ni memang bernasib baik sebab dapat naik flyer ni dengan diskon hebat! Sebabnya without the diskon, memang kena bayar rege SGD 29! Pisan okeh. Jadi kerana MOE baek ponya, maka dapat diskon dengan hanya membayar SGD 10 per head.. hehu. Kalau convert RM sudah jadi RM 24! Pisan mak!

Dulu masa kat Melaka pernah la naik sekali. Tapi bila ke sini.. eh eh.. besor betoi kapsulnya. Lebih besor dari Melaka okeh. Can muat up to 20 person! Kalau kat Melaka 6 orang pon dah semput.. kakakka

Nampak menda ni pon dah teruja tak hengat.. kakakka

Beratur mau masuk dalam kapsul. The best part.. mereka akan asingkan kita dengan orang lain. Maksudnya kalau kita datang berdua pon, dia akan bagi kita satu kapsul jugak. Jadi leh la kita gelak tak hengat atau berlakon cam jakun dalam itu kapsul tanpa segan silu dengan kehadiran La Usurpadora.. akakaa

The first picca masa masuk dalam kapsul. Hehu.. Ada orang dah jadi ketakutan tatkala ini. Ce teka sapa beliau.. kuikuikui..

Ini gambar dari dalam menghala ke pintu luar. Memandangkan XMas menjelang tiba, maka kapsul ni pon didecorate ala2 XMas time.

Ini adalah perkataan yang sungguh menakutkan bila berada dalam kapsul. Kakakkaa

Naufal dan Ehsan -- cuzzies in action!

It took 30-40 minutes being in the capsule. Jadi pergi waktu malam adalah sangat besh sebab dapat tengok kawasan sekitar dengan lampu lip-lap yang bergemerlapan.. hehe

Nampak nih.. ini some of the gambar yang berjaya disnap dari atas.

Lepas aje turun kita akan keluar dekat dengan souvenir shop dia. Sungguh membahaya ini kedai sebab ada banyak barang menarik yang buat kekanak riang tertarik. Rege dia aje tak menarik.. Sebab quite expensive kalau dah convert wit kita. Kuikuikui

Yang ni dekat ground floor. Kebetulan ada Toys Alive kat sini. Jadi leh amek gambar dengan gumbiranya. Tak dan nak amek gambar suka suki sebab ada dua orang budak dok sentap bangat tak dapat beli barang kesukaan kat souvenir shop. Sungguh tensi okeh!

Sebelum kita naik Flyer ni akan ada jurufoto yang akan amek gambo kita dengan cumilnya. Kita boleh beli itu gambar dengan six different views dengan harga SGD 60 okeh. Kalau nak beli selai SGD 20! Oleh kerana hari tu we all pegi secara berjemaah.. maka sorang amek dua keping gambar dan bayar SGD 60.. sebab dapat software softcopy sekali. Contoh gambar adalah seperti the first picca dalam ini entry. Samat cuci mato okeh.. kakkaka

Apa pun, tempat ini memang bes juga untuk kita lawati. Sapa-sapa nak pegi melawat dan menghabiskan duit bonus, ini adalah salah satu tempat yang sangat sesuai.. kikiki..

Sekian, selamat terbang!!!

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails