Thursday, November 24, 2011

Men....They tend to forget..

Credit picca

Men, kengkadang ni mereka terlupa... Terlupa apa yang penting, apa yang kurang penting.. Kadang-kadang bila dah berkenalan dengan someone tu.. mula-mula niat berkawan, kemudian mulalahhh berjiwang-jiwang nak test power.. Bila dah jiwang-jiwang tu, hati dah terpaut dan mula la lupa anak bini...

Bila dah lupa anak bini, haruslah tak hengat segala pengorbanan dan susah payah yang diharungi sejak dari awal perkahwinan dengan bini (zaman masa duduk rumah sewa pakai motot kecik etc). Kan..

Bila dah hati dah terpaut, mulalah kata masakan bini tidak seenak dulu, badan bini tidak semantop dulu.. Haish.. kenapa sebelum bertemu si dia kamu tidak pernah mempersoalkan tentang mantop tak mantop nye body bini kamu tuh...

Lain kali, dah tau body bini dah lari alignment, sila hantar dia ke slimming center berhampiran, ke kelas make-up bagi dia mekap macam Kim Kardashian.. hantar pergi kelas grooming, itu dan ini.. Buat make-over pada bini sendiri.. Bukannya pergi mencari insan baru.. Dah tau bini tu tak reti masak, jangan kedekut nak suruh bini masuk kelas memasak.. Suka makan apa? Western? Chinese? Hantar aje ke kelas masakan.. Itu lebih baik kan?

Daripada dok mengayat si dia yang bukan bini dengan kata-kata semangat.. lebih baiklah pegi bagi motivasi kat bini supaya bini tu kena ingat yang lelaki ini mahukan bini dia yang macam 20 tahun dulu.. beri harapan yang menggunung pada si bini agar beliau memake-overkan diri beliau rather than doing the same thing to other person..

Jangan ingat bini ni takde perasaan okeh.. Suka suki ingat bini boleh terima suma tuh. Bini ni kadang-kadang sentiasa nak membahagiakan suami.. itu pasallah bini ni kononnye rela.. padahal tak mau laki hangen or sentap.. sebab sang suami ni kalau dah hangen or sentap, memang payah laaa.. Silap-silap boleh mendatangkan amarah.. Silap-silap muka leh dapat cop mohor free dengan seterika dan juga leher dijerut dengan tudung pada kipas.. Nauzubillah..

Jadi, kepada sang suami.. hargailah isteri anda.. Jangan kerana nila setitik, mahligai perkahwinan kita berkecai ditengah jalan. Kita ni nak kawen dan hidup bersama sampai syurga.. bukan sekerat jalan aje okeh..

Sekian, semoga berbahagia dengan bini memasingggg.. kehkehkeh

2 comments:

mimie1678 said...

ai like this entry.... ko jgn bg point kt suami nie... ada je dia bangkang balik... hehehe...

Ticer Syah said...

kakaka..harus la.. mereka sentiasa mo menangg.. kehkehkeh

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails