Thursday, October 6, 2011

Pejabat kena hack!

Oh, kesian sungguh tengok geng pejabat dua tiga hari ni. Sebabnya mereka terpaksa bergelumang dengan habuk dan debu yang sudah tentu akan membahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang.. kalau jangka masa pendek wajib la kena batuk-batuk dan 'selesema cikgu...'(ikut dialog iklan TV)

Tiles dekat pejabat mostly dah menggelembung disebabkan kebocoran yang berlaku masa bulan puasa tempohari.. Hasilnya tiles terus jadi rupa macam kena bisul dan pakat meletup tanda stress.. kakakaka

Operasi nak menggodek tiles sudah bermula.. Kena buang la sebab nak buka pintu pon payah. Kesiannn...

Yang ni pula bahagian yang telah berjaya ditebuk buang. Eh eh.. sapa nak lalu sini kena buat lompat kijang okeh.. akakaka.. Jaga-jaga Cik Salmah.. kang terkoyak kain Cik Salmah..

Itu ajelah story mory pada hari ini. Harapan saya agar pejabat cepat sembuh seperti sediakala dan semoga GB tak pening kepala dan sila sign borang pertukaran saya ye.. Saya dah bosan la dok tunggu macam buah tak jatuh. Stress okeh.. Kalau tak mau sign.. haa.. maka bertambah gelembung la tiles di bilik anda pulak..aakakakkaa..

Oh.. yang ni pula adalah sumbangan teacher Cik Embon kepada saya untuk ngap-ngap waktu pree.. akkakak. Sebenarnya ini antara aktiviti yang kekanak riang setelah habis UPSR nih. Saya bedalkan aje sebab tak nampak cara pemotongan buah. Kalau nampak mungkin pikir 100 kali untuk makan.. akakkakaka

Sekian, nak sambung hibernate!


2 comments:

Ah Win said...

GB kena tulah sbb takmo sign borang..jap nnt..bukan takat tiles je gelembung pecah..dgn opis n sekolah n library pun boleh pecah

Ticer Syah said...

kakakkaa.. tu la pasal.. aku rasa kalau tak dapek tuko.. tiles kat lebry lak ngelembong.. kakaka

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails