Wednesday, September 28, 2011

Bila Koko latang!

Syok juga mengajar sekolah kampung ni, sentiasa ada sponsor untuk benda-benda macam ni. Kadang-kadang lori Milo, kadang-kadang lori Nestle. So, kali ni lori Nestle datang untuk sedekah cereals for kiddies. Mereka datang masa rehat. Dan kanak-kanak riang ni macam tau-tau aje wat to do. Terus aje line-up tak hengat dunia. Eh eh.. sapa panggil korang suruh line-up nih.

Sungguh banyak tau bijirin mereka bawak. Sampai berkotak-kotak. Habis aje bagi kanak-kanak riang ni makan dengan penuh perasaan, maka acara lelong pun bermula. Kuikuikui..

Ye.. sekotak bijirin (ada banyak pilihan) dan sekotak susu hanya dikira RM10! Sangat berbaloi. Dan para guru dan staf sekolah pun berlumba-lumba nak beli. Kakakkaa.. Siap dapat mainan okeh. Dasatonnn..

Kiranya berbaloi juga la mereka sponsor makan kat kanak-kanak riang nih. Pahala dapat, bisnes pun lancar.. Kuikuikui

Beraturrr!! Beraturrrr!!!

P.S: Bila pulak geng Vitagen nak datang nih!!!

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails