Tuesday, September 13, 2011

Bila boipren pencen (-_-')v -- Happy Throwing Your Towel

Happy Throwing Your Towel Mr Lee Kuan Hong!

Kat sekolah kami ni hanya ada seorang aje staff yang berbangsa Cina, yang lain semuanya Melayu. Sebab itu bila beliau pencen, kitaorang pecah kepala memikirkan apa la hadiah sesuai untuk beliau. Takkan nak bagi tulisan khat pulak. Ataupun bagi buku berkaitan dengan ilmu akhirat. Sungguh tak sesuai. Lepas tu takkan pula nak bagi kemeja sebab orang dah pencen, mana nak pakai kemeja-kemeja yang seharusnya skema kan. Kehkehkeh.

Memang pening nak memikirkan hadiah beliau. Sampaikan hampir putus urat dan asa dan pikirkan hadiah Mr Lee. Kuikuikui. Maklumlah, jasa dia bukan sedikit.. tapi berbukit-bukit. Sebabnya walaupun dia bukan bangsa Melayu, tetapi tenaga yang dicurahkan kepada anak bangsa Melayu ni tak terkira dengan nombor.. hoh! Bayangkan kalau ada kelas malam, tidak pernah dia ponteng dan dalam kelas jarang kita nak tengok dia duduk saja.. cuma sejak dua menjak aje dia duduk sekali sekala sebabnya dia tak berapa sihat. Huhu..

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Saya pun masih tidak lagi membeli hadiah. So, apalagi, dalam pukul 10 pagi, terus aje minta kebenaran dengan Penolong Kanan dengan memberi alasan untuk membeli hadiah. Heheheh.. Nasib baik dibenarkan. Maklumlah a night before sibuk membawa sang suami pergi berubat. Huhu.. Kesian sang suami..

So, setelah pusing beberapa pusingan di Aneka a.k.a Jitra Mall, terus aje saya tergoda melihat lampu tidur. Warnanya sungguh ceria. Batang lampu diperbuat daripada batu-batu sungai.. actually batu sungai tu fake.. tapi I do like the colour and the style. Very modern and stylo. Oh.. sorry la ye, terlupa nak amek gambar sebab tak sempat... racing against the time kan. Tapi jangan risau, sempat juga digogelkan disini lampu yang seakan-akan sama. At least you got the idea how the table lamp looks like. Kakakka. Only the colour of the pebbles aje different. Warnanya merah dan hitam. Terendaknya berwarna merah.. Dah orang Cina, mesti suka merah dok?

Macam ni la lebih kurang.

Kalau dekat website ini rege dia boleh buat you all terduduk pengsan. Tapi kalau dekat Yen Wen Gallery, murah aje. Even the biggest one pun tak sampai RM200. Sungguh comel ok. I prefer the pink and purple one.. tapi itu kaler gegirl. Mana bisa deh.. Masa hari tu beli yang saiz medium aje. Siap dengan packaging etc, tak sampai RM70 pon. Kuikuikui.

Pihak sekolah pula memberikan hadiah lain. Oh.. tingkap jati ada cermin tu T_T. I tot bagi hadiah percutian ke Bali ke. Adoiii.. Jimat sungguh mereka. Hoh!

Apa pun jom layan gambar-gambar lain yang tentunya buat korang merembes dengki..kakakak

Haa.. ni hasil kerastangan orang baju biru tu. Saya cuma tukang pegang-pegang kain aje.. Minah sebok dan enterprem la kata.. kakakak

Ni masa program dating bersama calon-calon boipren yang baru. Kakaka.. Maklumle.. skang ni kena cari la boipren yang nak dekat-dekat pencen. Depa kaya tau. Kakakka

Yang ni pula jamuan yang ditaja oleh orang pencen di Hotel Bustani. Haa.. betul kan.. orang pencen ni poket tebal. So, tiada masalah nak belanja kita semua makan hotel. Kakakka. Kalau agak-agak website Bustani Hotel tu lembabon, boleh rujuk kat pesbuk mereka.. Haa..macam-macam adaa...

Jadi untuk Mr Lee yang encem dan cantik julita. TQ for everything.. You are such a great teacher and a great secretary. Kakakka.. Sebabnya bila saya jadi Ketua Panitia, saya cukup suka dengan kerja beliau sebagai setiausaha. Segalanya lengkap. Tak payah tanya dah siap. So, he really helped me a lot during those day. Sekarang ni orang lain dah amek alih. Hehe.. Orang perempuan pula. Pastilah lebih neat kan. Kalau tak neat, aisey.. malu la pada Mr Lee..

Semoga Mr Lee gumbira di hari mendatang dan jangan lupa kalau holiday ke Beijing tu sila sponsor tiket flight I sama ok. I kan your beloved gelpren. Kakakkaka..

Sekian, macih.. Lebiu Mr Lee T_T (abes da secretary gue dah larikkk..)

2 comments:

simanis said...

waaa...muncit sudah nampak lor...heheheh...

Ticer Syah said...

kakakakka.. hampagas lo

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails