Thursday, August 4, 2011

Tanda-tanda retak menanti belah.

Untuk mengekalkan kemesraan dalam sebuah perhubungan bukan satu perkara yang mudah. Especially bila kita sudah terlibat dalam tempoh perhubungan yang begitu lama. Perkara menjadi bertambah sukar apabila hanya salah seorang sahaja yang berminat untuk mempertahankan perhubungan sementara pihak satu lagi tidak mahu mengambil bahagian. So, apakah tanda-tanda retak menanti belah.

Perkara ini telah dikumpulkan hasil dari bacaan, pengalaman sendiri dan rakan-rakan.

Tanda-tandanya seperti berikut:

1. Hilang minat terhadap pasangan.
Ini boleh dijadikan satu sebab pudarnya keindahan perhubungan itu. Apatah lagi dengan adanya kehadiran orang lain yang lebih menceriakan diri kita sendiri. Keseronokan berbual dengan orang lain dan menceritakan perkara yang sedang dilalui dengan orang lain dirasakan lebih menyeronokkan dan mencabar berbanding dengan pasangan sendiri.


2. Perkara lain lebih menyeronokkan.

Ini boleh dikaitkan dengan pelbagai perkara. Antaranya kegiatan luar yang lebih mengujakan daripada selalu bersama dengan pasangan yang sudah dianggap perkara biasa.

3. Tidak mahu lagi berkongsi rahsia.
Dahulu, segala perkara mahu dikongsi bersama. Segala suka dan duka, segala keperitan dan kejayaan segalanya dikongsi bersama pasangan. Kalau dapat bonus, siap cerita dengan pasangan. Dapat duit lebih walaupun RM50 pun dikongsi bersama. Tapi kenapa kini sudah tiada? Sekiranya kita sudah mula menyimpan rahsia, labur duit dalam bisnes dapat pulangan lemayan, tidak dikongsi langsung dengan pasangan. Kenapa ye? Nak share dengan orang lain kah?

4. Semakin kurangnya komunikasi dalam perhubungan.
Kalau dahulu, sms tiada henti. Telefon bertanya khabar juga tiada henti. Kini mengapa segalanya semakin kurang sms dan telefonnya. Adakah tiada lagi cerita hendak dikongsi? Tiada lagi cintakah?

5. Cepat melenting.
Kalau dahulu ditegur, akan diterima dengan baik. Kenapa kini selalu melenting? Ini membuatkan pasangan semakin jauh dari kita. Sebab dah ada orang lain kah?

6. Romantiknya juga sudah pudar.
Kalau dulu sentiasa bersama-sama. Pantang berenggang sikit. Asyik berpegang tangan walaupun di dalam kereta. Kenapa kini segalanya tiada. Tiba-tiba saja rasa panas. Eh..eh..jahatnya kamooo..

Ok, banyak tu aje malam ni. Tak larat nak senaraikan dah..akkakaka

p/s: and i always thought that sharing is caring... sigh!

Ada sapa-sapa lagi nak tambah. Sila-sila..

Sekian macih.

4 comments:

Ah Win said...

~~~seram sejuk baca entri ni~~~

Ticer Syah said...

pergh.. leh jadi scary the movie nih..akakkakak

Anonymous said...

ada org pernah btau....kalau having sex sminggu skali itu tandanya ada masalah....kalau selalu bangat dr kebiasaan pun bermasalah juga....mcm2 daaaaa....akakaka

Ticer Syah said...

ini anon mai mana plak dahhh.. kuikuikui.. btoi la..kalau selalu sangat pon problemo gak.. kompius lah.. jadi camna tu.. yg sedang2 aje kot..

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails