Aku jumpa ini tatkala dok browsing kat internet. Jadi bila dah baca, maka teruslah klik link-link berkaitan.. Tapi ada yang tulis terlampau panjang sampai leh muntah hijau membacanya. Oh meng.. Aku ni bukan buleh tengok orang tulis panjang-panjang.. akakka.. Jadi bulehlah aku buat kesimpulan kat sini beserta contoh, bagi orang yang malas nak baca panjang-panjang.. akkaka
Ustaz Azhar Idrus ada menyatakan bahawa hukum chatting ini ada tiga bahagian ye tuan-tuan..
1. Hukum harus:
Yang ini kalau ingin bertanya khabar dan memberi maklumat asas.
Contoh:
L: Lama kita tak jumpa.. duduk mana sekarang? Anak berapa orang? Sihat ke tidak?
P: Ha ah laaa.. dok Kedah aje. Anak seplo orang, alhamdullilah sihat...
Very general kan.. sapa-sapa baca pun tidak mendatangkan syak wasangka pun.
2. Hukum makruh:
Ini apabila kita hanya bersembang kosong.
Contoh:
P: Eh, semalam I nampak you datang kat opis I, amboi.. tak tegoq pon. Sombong la you nih sejak dua menjak nih..
L: Oh.. I busy la you. Tak perasan pun you tadi. Tapi I nampak you pagi tadi pakai baju cantik. Sesuai la dengan you.
P: Ye ke? Biasa aje..mana ada cantik pun..
--nampak tak dari berbual kosong, dah mula dah tu nak masuk ke bibit-bibit.. ehem..
3. Hukum haram:
Ini akan berlaku apabila kita bersembang yang membabitkan nafsu nafsi.
Contoh:
L: Geram la I tengok baju U pakai tadi. Cantik sangat.. jeles I kalau orang lain tengok.
P: Ye ke?
L: Iyeee.. mantop la badan you.. dah anak dua pun badan still maintain..
P: Eh.. tak lah.. Ini pun dah berisi sikit..
Kemudian chatting ini akan merebak ke tempat lain pulak..
P: You.. I tensen la you..
L: Naper pulak?
P: Hubby I ni malam-malam tidur tak suka peluk I..dia kata panassss...
L: Ye ke? Abes tu you peluk apa?
P: Peluk bantal je lar.. nasib baik ada bantal..
Haaaaa.. nampak tak.. kang mula la jangkitan citer lain pulak kan..
Jadi tuan-tuan dan puan-puan, nak chatting tu bukan tak boleh, tapi kalau dah mula citer dalam kelambu kat orang lain (actually kat orang tertentu itu aje) ini dah jadi lain... ye dak?
Eh.. ada orang terasa ke? Oh meng.. sapa makan cili dia terasa pedasnye okeh..
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
4 comments:
terima kasih ! baru tau ..
:)
nice info !
kasih diterima.. hehehe
aiseh..tergugat status OSTAJAH ku
kakakaka.. km ikut teladan ostajah la nih..akkakka
Post a Comment