Tuesday, August 2, 2011

Bila Hati Keciwa

Bila hati kecewa,

Jiwa rasa lara,

Minda malas kembara,

Merentasi semua benua…

Bila hati kecewa,

Mulut malas bicara,

Jari jari bingkas bekerja,

Kerana hati membara…

Bila hati kecewa,

Semua bagai tak kena,

Tiada lagi ketawa,

Hanya masam mencuka…

Bila hati kecewa,

Tak sabar tunggu esok yang ceria,

Tapi, dungu yang tiba,

Menjadi bertambah lara…

Bila hati kecewa,

Pada Tuhan mencurah rasa,

Tiada manusia boleh percaya,

Kerana Dia Sang Pencipta…


copy from Blog SiManis

2 comments:

Ah Win said...

:'(

berdoa lah padaNya..semoga memperoleh penyelesaian

Ticer Syah said...

masih tidak putus berdoa.. kadang2 hampir berhenti berharap

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails