Saturday, May 14, 2011

Cerita Lama Jangan Diungkit!

Agak tensi bila posting kita yang awal telah dilenyapkan suka-suki oleh si blogspot. Dan seperti biasa bila saya dapati ada masalah untuk posting, saya akan buat backup siap-siap menggunakan Words. Dan tadi bila saya dapati bahawa rakan-rakan lain punya posting including mine telah hilang, maka saya berasa lega kerana telah mengambil langkah awal dengan menyimpan satu backup file ke dalam Words..kekeke.. Jadi, inilah posting yang sempat saya selamatkan menggunakan Words semalam..huhu

Hari ini sedang saya membaik pulih props Hari Guru yang canggih giler tu, tetiba aje sorang minah ni bertanya...

"Kenapa you nak tukar sekolah? Kan ke you baik dengan mereka?"

Dengan wajah penuh emosi saya membalas kembali.. dan dia terus mengasak saya dengan pelbagai persoalan. Setiap soalan yang ditanya, saya patahkan dengan hujah saya yang lengkap dan of course dengan wajah saya yang agak stress.

Sebab bagi saya apa guna cerita lama diungkit kembali. Bukankah elok disimpan saja dan buat-buat tak faham. Sebab cerita lama kalau diungkit bisa membuatkan hati saya terguris. Saya memang happy-go-lucky, tapi tolonglah jangan nak tanya saya kenapa saya nak pindah. Sebab setiap kali ditanya, memori sedih akan berputar di kotak fikiran saya.. Ini membuatkan saya stress.. Kan ke lebih baik saja awak shut the f--- up dan jalani hidup awak yang selesa tu tanpa menyibuk hal saya!

Kata minah tu lagi..

"You patut bersyukur.."

Time ni saya rasa macam nak baling aje berus tu dalam mulut dia.. sebab dia tak rasa apa yang saya rasa. Dia sudah berada di tahap tertinggi di mana dia hidup senang lenang di atas kesusahan orang lain. Sebab itu dia rasa saya ni macam tak bersyukur.. sebab tanpa dia sedar (atau mungkin buat-buat tak sedar) dia tu telah memijak kepala saya tanpa henti untuk naik ke atas..Bila dah duduk atas..ewah-ewah..syok pula kau ye dok kata orang yang telah kau pijak satu ketika dulu.

Kalau nak cakap pasal bersyukur, kenapa dia tidak hanya bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang, sebaliknya tak henti-henti nak cari side income supaya boleh hidup selesa.. WTF.. cakap orang tak bersyukur, kau tu lagi la...

Kot mana pun, salah satu sebab saya nak pindah sebab diri dia lah.. Saya tak sanggup lagi nak menanggung dosa berlori-lori sebab hati saya tidak bersih selagi melihat dia... Setiap kali ternampak dia, hati saya sakit dan jiwa saya kacau. Perasaan itu tak mungkin lagi saya padamkan selagi dia ada kat depan mata saya.

Oh, tolonglah..sapa-sapa yang boleh memindahkan saya dari keserabutan ini, silalah berbuat demikian..huhu

Sekian, emosi terganggu lagi.. Bye!

5 comments:

Ah Win said...

mari kite mohon bertukar secara berjemaah...dok statik di tempat sama sbnarnya mbuatkan minda tak berkembang...mcm katak bawah tin

Ubeee..... said...

bak kata ucop, kita bako aje...bako aje....hehehehe. Elakkan diri dari dia, tapi kalo dia tanya2 byk2 cam nie, ko smash aje dia....biar dia tau yg tu punca ko nk transfer

Nurul Izza said...

betul betul betulll

Cikgu Fatin said...

hi fren! sy pun ada dtg niat nak pindah sbb tak tahan dgn seseorg. Seorang yg byk mematahkan segala rancangan sy utk menaiktarafkan lagi hal2 yg berkaitan dgn sekolah disebabkan kepentingan dirinya hanya kerana dia kesayangan Pengetua. Memang frust beribu2 kali. Last2 bila pikirkan kwn2 yg lain adalah baik2 belaka dan tak sampai hati sy nak tinggalkan, sy masih bertahan di sini lagi. Dgn harapan semoga ada la kebenaran dan keadilan kelak.

Ticer Syah said...

elo cikgu fatin:
i think sbb dah akhir zaman..jadi manusia bertindak sedemikian, tanpa memikirkan akibat di masa hadapan..

"janji aku ke atas dan kau duduk diam2 di bawah"

itu motto spesis ini gunakan..

the worst part.. siap ngaku kena buat mcm tu supaya boleh buat keje dengan mudah.. sungguh double-u-tee-eff... bila i kata kat dia.. u mmg bodek.. dia mati2 mengatakan tidak.. dan terus meneruskan menegakkan benang beliau yg sedia basah... huhu.. orang ckp pandai ni.. malas mau tingkah banyak kali, nnti hati kita sakit.. jiwa kacau, langsung masuk spital sakit jiwa..kakakaka

last skali..biokan luncai beliau terjun bsama labu2 nya.. huhuuhu

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails