Saturday, April 23, 2011

Pusing Penang sampai pening..

Everytime kalau pergi Penang for a course, agenda wajib mestilah ke Feringghi Walk. Kalau tak pergi macam tak complete plak. Oleh kerana kesibukan terlampau masa course sampai cuma sempat ke Chow Rasta saja belum lagi ke Gurney Plaza, Komtar and also Queensbay, maka Incik Hubby datang melakukan operasi menyelamat!

Konon operasi menyelamat..tapi poket tak baper selamat... sebab awal-awal lagi dah kena cukai dengan kanak-kanak riang. Hua hua hua

Lepas tu, perut the driver and kiddies berbunyi riang tanda nak kena isi.. maka kesinilah kami.

Nah.. Line Clear sungguh. Tempatnya hanya di lorong kecil aje, tiada aircond. Hanya kipas besor dan kipas kecil yang bertungkus-lumus mendinginkan kawasan. Still panas.. tapi makanan dia memang tip top. So, if you come across this kedai, you can always try their food and I would suggest that you have to try their homemade CENDOL. SUPER DELICIOUS!!!! Masa masuk dalam mulut, hubby said.. Heaven! Boleh dapat full merit tau! Kakakkak

Dan oleh kerana Feringghi Walk buka waktu malam. Lepas maghrib till midnight, maka terpaksa lah isi masa lapang dari pukul 12 sampai maghrib. Pening tak tau nak pergi mana, so kita just jenjalan tanpa tujuan bila nampak tempat best terus berhenti. Ikut suka aje..akkkakaak

So, ini tempat pertama. Toys' Museum. Macam best. Admission fee tak best. RM10 for adult and RM6 for kiddies. Ok, gaji tak masuk lagi, and kalau masuk sini wajib la separuh dari seratus sudah lebur. Apa kita dapat? Cuma ambil gambar dan loading dalam pesbuk sampai penuh. Kakakkaa.. Impian nak shopping kat Feringghi Walk pun lebur..kakaka...Oleh itu, tempat ini diKIV dulu. Tapi masih sempat amek gambo kat entrance. Jadi lah..

Kiddies tanya..kenapa tak masuk..

I just answered.. - Gaji tak masuk lagi, next time kita datang lagi. Kalau masuk sini, tak dan nak mandi laut..

Teruslah angkatan tentera I berbaris menaiki kenderaan.

Terus aje ke sini dan let them play with the sand. Memang la syok, tapi tiada tempat nak salin baju and kecik aje kawasannye. Tensen time nih. Aku pun stress. So, we just spend around 30 minutes dan terus ke tempat lain. Hehehe.

Jalan punye jalan dan jalan dan terus jalan, teruslah ke Telok Bahang. Dan ternampak signboard ke Taman Rekreasi. Dalam otak dah tergambar, mesti lah tak baper clean. Banyak sampah, toilet cam hampeh.. tapi segalanya berubah masa tengok keadaan di dalam.

Tempat ni berdekatan dengan Empangan.

Kat sini siap ada signboard peringatan suruh kita choose sama ada nak hutan yang bersih atau sebaliknya. Terlupa nak snap gambar sebab teruja giler..akkakaka

Tapi sempat jua ku snap gambar pakcik ni mencuci kolam. Tiada sampah tau. Santek aje..

Yang ini tempat kita nak letak barang. Near the tempat mandi. Bersih juga. Takde langsung tin, bekas polisterin yang macam kita tengok kat kawasan perkelahan. So, that's why I said.. superclean. Dan tandasnya pon santek. Kena bayar tiga posen aje. Tapi bersih and FUNCTIONING! Itu penting!

Yang ni tempat mereka mandi. Nasib baik bukan masa cuti sekolah. Jadi tak pack dengan orang. My SIL said she went here during the school holiday, takde tempat langsung nak lepak. Sebab full! Tapi memang bersih.

Cuba cari kotak or any sampah sarap! Ada? Takde kan..ekkekek

Kat sini, kita boleh rendam kaki and let the ikan do their work. Kakakak.. Ala-ala fish spa. Sungguh seronot!!!

Lepak kat sini lama jugak. Around 5.30, terus bertolak ke tempat lain.

Jumpa pula pantai ni. Spacious and bersih giler. Ada tempat makan yang sungguh mantop!

Another view.. cung!!!

Pekena laksa. Pergh.. memang power sebab nama laksa ni.. LAKSA POWER! Exactly berhadapan dengan Spices Garden and Tree Monkey Restaurant. Hehehehe

Gambo manja tuan tanah adalah agenda wajib supaya orang leh muntah ijo..kakakkaka

Around 6.45 pergi melepak dekat one of the mosque in Feringghi, solat jamak, mandi dan tunggu maghrib untuk solat supaya hati senang untuk bershopping..kekeke.. Maklumle, maghrib pendek. Karang kalau dah tawaf kat Feringghi Walk tu sahih ilang ingatan. Bahaya2.. kekeke


Dalam pukul 8 malam, barulah kitaorang bergerak ke Feringghi Walk dan cuci mata serta poket..

Bersambung lagi.. hua hua hua

3 comments:

Ah Win said...

mlm stay kat mane? nmpak mcm best...kalau kena dgn bajet, mmg syok lah

mzhany said...

laksa itu sgt mengancam...ummm tengok pun terliur kan...

Ticer Syah said...

awin:
malam aku balik terus la..sampai rumah kol 1 pagi..kakakaka.. kalau nak stay around here berlambak hotel.. depends on bajet la. dari selatot lebih semalam sampai belatot2 pon ada maa.. kena tgk tenet dan riki rate

mzhany:
kalau tgk dah terliur..tatkala makan leh pisan terus..kakakak..sbb sodap.. jgn lupa minum bsama air kelapa.. kehkehkeh.. sedap air kelapa depa

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails