Wednesday, April 6, 2011

Cantas, Mencatas, Dicantas, Dicantasi, Mencatasi

Sekarang ni ramai sungguh orang suka untuk mencantas orang. Bagi mereka, itu perkara biasa dan itu adalah perkara yang terbaik yang mereka kena lakukan untuk naik ke atas dan untuk maju. Dan saya tidak terkecuali dari menjadi cantasan manusia nih.

Pada mulanya, saya cuba bersabar. Tapi saya juga ada tahap kesabaran. Kalau tak sabar, sudah lama meletup. Tapi saya meletup juga sebenarnya. Cuma secara indirect sahaja. Nak tau citer..jangan ada yang sentap pula.

Ada seorang insan ni, suka tunjuk rajin especially bila di hadapan orang-orang besar. Baginya mereka harus melihat hasil kerja nya. Ada sekali tu, dia mencantikkan sebuah bilik yang diamanahkan kepadanya. Itu kita tidak kisah. Tapi, bukan dia yang mencantikkan tempat itu. Tetapi orang-orang lain yang turut sama membantu dia. Tapi yang paling sadis ialah apabila nama-nama pembantunya tidak diberikan kredit. Umpama yang membuatkan bilik itu terbaik adalah dirinya sahaja.

Ada satu kali tu, teman-teman seangkatan dia berusaha bertungkus-lumus mengumpul kertas soalan dari negeri-negeri lain untuk peperiksaan besar. Tahu tak apa yang berlaku.. oh, kerja dia sangat mudah. Hanya mengambil kesemua soalan yang dikumpulkan dan diserahkan kepada orang atas. Dan orang atas pula, membawa kembali set soalan yang dikumpul oleh teman-teman itu dan suruh mereka membuat latih tubi dengan soalan yang dikumpulkan oleh hamba Allah itu. Eeee..panas tak kalau kena kat kita? Seolah-olah teman-teman seangkatan tu tidak membuat apa-apa. Oh..sadis sungguh kan.

Ada banyak cerita lagi. Saya tengah panas hati ni. Oh..banyak sungguh syaitan dikeliling buat masa ni. Menghasut saya macam-macam nak buat entry lepas geram. Kahkahkah. Takpelah..akan bersambung bila saya ada mood.

Moral of the story: Kalau nak naik atas, jangan la suka ati mak bapak kau nak pijak orang bawah okeh. Orang yang suara lembut, manis mulut ni memang tak ble caya. Bagi gigit selipar Nippon baru tau...

2 comments:

Ah Win said...

ya...ramai syaiton tapi memakai tudung sekarang...mereka telah mengikuti peredaran semasa...

sangat advance..
nampaknya...kesabaran anda telah sampai had max.

~sebab 2entri ni n yg lagi satu dok tuju pada insan yg berlidah ular semacam ini

Ticer Syah said...

ular itu kalau betul ular, leh kita kapak-kapakkan.. ini ular jadian.. susah mau kita kapakkan...akkakaka

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails