Saturday, April 2, 2011

Bila aku kaya..

Kaya bukan bermaksud ada jutaan ringgit atau dollar dalam akaun. Kaya bermaksud ada rezeki lebih dari biasa..kehkehkeh. So, bila kita berasa kaya sedikit, mulalah nak merancang macam-macam.

Dari pakai telefon bimbit Sony Ericsson jenis lama, tetiba nak upgrade kepada Iphone yang terbaru.

Dari pakai tilam spring yang biasa, tetiba nak upgrade ke katil yang spring dia kalau orang lompat kat sebelah kiri, orang sebelah tidak rasa apa-apa.

Dari pakai tv skrin besar gabak dan juga debab, terus nak pakai skrin nipis yang flat macam biskut kering.

Dari dok melancong dalam negara aje, tetiba teringin nak pergi ke luar negara. Kalau boleh yang ada salji, buleh amik gambar syok sendiri buat aksi terjun tiruk sampai patah kaki sebab ingatkan salji tu lembut..tapi rupanya keras giler..

Kenapa tidak..

Kenapa tidak bila kita kaya sedikit, kita akan cuba melangsaikan segala hutang-piutang yang ada. Kalau boleh jangan ada sedikit hutang pun di dalam buku 555 kita.

Kenapa tidak bila kita kaya sedikit, kita akan cuba menyimpan wang kita itu untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Kenapa tidak bila kita kaya sedikit, kita buat amal jariah kepada yang sepatutnya.

Kenapa tidak bila kita kaya sedikit, kita plan nak pergi membuat umrah dan haji -- itukan lebih bermakna.

Dan oleh itu, saya bercadang, sekiranya saya kaya, saya akan cuba..

1. Melangsaikan hutang-hutang yang ada... kad kredit berderet -- hasil dari kegilaan Tupperware. Sebab itu sudah berbulan-bulan saya tidak membeli Tupperware, sebabnya saya nak bagi kad kredit saya suci, bersih dan segar..kakaka.. Jadi, kepada upline saya, janganlah stress kalau saya tidak memberikan pulangan kepada kalian. Sebab saya yang membayar interest setiap bulan bukannya anda, saya juga yang terpaksa melangsaikan hutang-hutang semua tu. Saya ni bukanlah peniaga Tupperware yang hebat seperti kalian. Dan saya tiada wang tunai yang banyak untuk membuat modal Tupperware. Hanya bergantung kepada kad kredit dan ini adalah tindakan saya tersengal buat masa ini. Huhuhuh...Dan saya adalah pengikut MLM yang sungguh tidak cerdik.. Maafkan saya ye. Saya tidak mahu bila saya mati hutang saya masih bertepek. Bukan kalian yang mahu tolong melangsaikannya. Tapi suami dan anak-anak saya. Dan roh saya pasti tidak aman. Hohoho...

2. Saya akan cuba untuk menyediakan tabung yang khas untuk saya ke Tanah Suci. Itu cita-cita saya yang sungguh lama. Daripada saya dok perabih duit gaji untuk bayar hutang kad kredit, adalah lebih baik saya terus simpan duit tu ke dalam Tabung Haji. Lebih afdhal. Cepat sedikit saya hendak ke sana. Itu pasal hutang kena kasi clear dulu.

Dan sesungguhnya saya berasa teruja melihat jiran saya yang tiada sekelumit hutangpun. Rumah dia beli cash, kereta pun cash. Dan paling memeranjatkan. Si suami hanya kerja biasa, si isteri hanya mengambil upah menjaga kanak-kanak riang.

Kata si isteri: "Akak tak suka la hutang-hutang nih. Pening kepala akak. Nanti tidur tak lelap mata. Akak kumpul duit sikit-sikit. Buat jualan kuih-muih. Ambil upah anak orang. Akak sewa rumah dulu pun kat kawasan rumah murah. Bila orang mengata, akak tak kisah pun. Biarlah orang nak kata. Janji akak tak pakai seduit pun duit mereka."

Ye, jiran saya tu bila anak dia yang paling kecil tu Tingkatan 3, barulah dia beli rumah secara tunai. Katanya, kerja sendiri..susah nak buat hutang bank. Jadi dia terus simpan duit dan beli cash aje rumah ni.

Dan saya sebenarnya tertarik dengan satu phrase yang berbunyi..

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang

Peringatan untuk semua orang dan juga diri sendiri nih.. huhu

8 comments:

simanis said...

cheq pun sama, cuma cheq takdak utang kad kredit...Poziah pesan kalo berduit di tgn, blh beli, takdak duit duk diam2, xpayah nak guna kredit kad...hutang rumah, hutang kete buat cheq rasa meluat sbb bayar 700 sbln dah bertahun x abih2...

mak sdara cheq, guru masak Kemas, gaji 400 sebulan, ibu tunggal, boleh beli rumah semi D cash!!! nak luruh jantung weh...rumah 185k...

yg penting skali, cheq pun rasa dah nak pi aji...kita serupa goh...huhu

Ticer Syah said...

vavava..kagum melihat mereka..hehe.. aku ni ntah sempat ke dak buat haji nih..akkakka

toyolkiut said...

TK klau dh kaya, TK nak duduk goyang kaki je. malas dh nk keja 14 jan mcm skrg...

eeeda said...

Tu lah kan... kita nie dah kira bergaji besar.... tapi banyak hutang sana... hutang sini...

Ah Win said...

jom pi aji...aku ni ha...baru ajak laki pi umrah dah mcm nak perang dunia ke-3...ajak p umrah liat..tp bila cite nak tukar tepon baru lebih 1k..mata tu bsinar2 mcm berlian..nyampah aku..bila aku ajak pg kearah kebaikan..byk sgt alasan..fedap mak,nyah...

payah2 sgt..kite ber-rombongan cik kiah sesama ladies je gi wat umrah..

Ticer Syah said...

TK: kalau kompem kaya tak miskin dah, i pon nk goyang kaki..kakakka..

Eeeda: tau takpe.. mak aku sakap..lg besor periuk, lg bsor keraknye lar..kakakka

awin: kakakkka.. itu temptation duniawi mmg mengasikkan..kakakak..mari kita wat plan ke sana secara berjemaah..hehe

Ah Win said...

nak buat umrah berapa dalam bape tempoh lagi?
boleh la bajet kumpul duit..cuti sekolah..yebbaaaa

Ticer Syah said...

la ni kena ada 6-7K utk umrah maa.. huhuhu.. kena usaha lebih giat lagi.. eheh

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails