Tuesday, March 22, 2011

Oh, tak cemerlang lagi (-_-'')v

Sebelum cuti saya ada menghantar buku latihan murid pada pentadbir untuk disemak dan diberi komen. Mana-mana yang lemah tu bolehlah diperbaiki kan. So... ini adalah hasilannye...


Jumlah kerja pelajar dapat 3 markah.
Maksudnye tak cukup latihan. Oh..silap aku juga sebab hanya hantar buku English 2. Kalau tengok buku English 1 dan 3, musti beliau rasa cukup. Nak-nak English 1... dah nak abes buku dah pon..kakakkak..

Kesempurnaan kerja dapat 3 markah jugak.
Ini menunjukkan ada diantara murid yang tidak membuat kerja dengan sempurna. Nak kena jotos bebudak nih. Korang ni sahih salin tak baper lengkap.. Hua hua hua.. Stress aku!!!!

Mutu kerja : Kebersihan/Kekemasan pon dapat 3 markah.
Ini dinilai dari segi murid memadam kesilapan yang mereka buat, selain daripada cara penampalan worksheet yang sempurna.. pendek kata semua musti tip top lah. Dalam kelas ni yang cantik tulisan, yang kemas hasil kerja ada la lima nam orang. Yang lain tu, kalau kita tak round tengok..wajibulghunnah la kan.. Pepaham je lar.. Itu tara aku dok round pon dapat 3 markah gak..kuikuikuikui

Pemeriksaan guru : Berterusan/Ketelitian..ehem...dapat FULL MARK okeh.
So, setiap kali bagi kerja jangan lupa tanda ye. Kesian bebudak tu salin dan jawab bagai nak rak, tapi tiada semakan oleh guru. Ini sangat penting tau, at least students tau apa yang mereka silap dan mereka boleh straight away buat pembetulan. Rasa kembang di situ..akkakaka

Tindak ikut pembetulan/kesalahan dapat 3 aje.
Memang tak dinafikan kekanak riang ni susah sungguh nak buat correction. Kalau tak dileter, mesti mereka abaikan. Apakahhh!!!! Aku sekeh karang korang nih.. hua hua hua.. Kalau homework tu, tidak dicek.. sahih la soalan tinggal soalan. Itu pasal kadangkala aku jadi mak tiri. Bila masuk kelas, musti pegang something and ask them to show their work. Yang dah siap tu wajib la tayang buku atas meja. Yang tak siap, buat-buat cari buku tak jumpa-jumpa. Yang tak jumpa buku tu la aku tonggeng beg dan tolong cari sama..bila takde..jengjengjeng.. sila agak kesudahannye..akakkakak

Sistem kerja : Cara menulis tajuk, tarikh dsb dapat 3 ajekkkk????
Huwaaaaaaa...huwaaaaaaaa.. apsal dapat 3.. mulai hari ini saya akan lebih prihatin terhadap perkara remeh ini. Siap ko budak..akkakaka.. anda akan mendapat mak tiri lebih kejam dari biasa..akakakka.. abes laa..abes laaa korang.. Ticer tak dapat full mark utk perkara enteng ni, wajib la ticer akan cek satu persatu sapa tak tulis dates and days elok2.. pisan la korang..

Komen dari pentadbir..
1. Sungguh positip..kakakak
2. Oh..kena pastikan mereka buat corrections.. hua hua hua.. geget koranggg.... rasa cam nak jadi antu makan budok makan budokkk..kakakaka

So, itu salah satu cara nak tengok cikgu tanda buku ke dak nohhh..sambil-sambil leh tengok banyak mana worksheets or exercises yang cikgu dah bagi pada students..

Oleh itu, baper markah kalian? Huhuhuuhu

Perasaan ticer sekang nih...:----->Stress giler tak dapat full marks!!!!!!

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails