Rasa penat masih lagi menjiwai diri sendiri buat masa nih. Maklumlah last Friday giler babas menyudahkan apa yang patut. Susun buku, perabot and many more with the help of Hubby and also my neighbours. Hehehe.. Terpaksa angkut mereka kalau nak cepat siap. Nak harapkan tulang berkerat-kerat atau nak harap pada kiddies memang la wajib lambat siap. Kang boss marah padan muka aku juga kan. Masa Friday tu from 9-1 pm tu dok menyusun buku and perabot aje, lepas tu balik rumah sebab Hubby kena pi solat Jumaat. Then, rehat sat around 4 pm continue lepaking kat library till 7 pm. Nak kata penat giler tu idok le..tapi penat la jugak kan. Huhuhu.
Ini dia tukang cat jemputan TTS. Kakakak.. Serius nampaknya wajah anda. Kuikuikui. Sabar tuan sadiq, sabar..kakkaka. Oh, nak tayang our new notice board yang ditempah masa cuti sekolah. Yeay, sudah sampai last Thursday. Masa Friday morning nampak menda alah ni terus teruja tahap gaban.. Awwww.. sudah ada notice board. Leh pelekat macam-macam. Yeebaaa..areebaaa... kakakakak
Enuff of outside punye citer, kita story menda kat dalam.
Ini spot untuk kanak-kanak riang baca koleksi buku Rigby. Buku Rigby dapat dari Australia if I'm not mistaken. So, actually they asked us to put the books in class, tapi takut rosak, jadi amek keputusan untuk letak di sini. Sapa nak baca, can just take one and read. I prefer not to put them dekat shelves sebab saja suka tengok buku-buku ni dalam satu kawasan. We got around 4 boxes of Rigby a couple of years ago. Dan I asked the librarian to balut all the books, jadi tahan la lama sikit kan. Heheheh
The shelves. I asked my colleagues to arrange the shelves this way. Jimat space and makes the library looks spacious. I have to put the Dewey codes on both sides right. Senang mau cari rak.
Kat sini I dah plan nak buat ruangan permainan tradisional. So, tadi sudah diletakkan tikar getah, tak boh skirting lagi pon, sebab tailor tak dan buat lagi..kuikuikui. Kat sini nak letak congkak lah. Cam besh je kan. Pastu kat wall tu, nak letak rim basikal. Dulu-dulu kan ke ada permainan gelek rim beskal dengan kayu tu.. apa ntah nama dia..sapa boleh kasi tau????
Yang ni pentas apa pun tak tau. Hat dua siap skirting tu yang lama punye. So, nak kena bagi angin baru sikit. Kakkakaka.. Letak skirting baru, elok balik la kan. Kat shelf yang ni I letakkan khas untuk buku-buku literature for Year 4-6. So, seminggu kali depa masuk sini untuk subjek Literature. Kalau tak diletakkan setempat buku-buku ni, wajib la hilang entah kemana. Buku cantik, ilustrasi comel, mana budak tak geram. Kakakkaka
So, itu aje story untuk kali ni. Nak jenguk anak-anak teruna buat homework lak. Huhuhuh. Papaiiii..
No comments:
Post a Comment